Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 17, 2010

Murtabak segera


salam dan selamat pagi.... ni menu untuk bukak puasa semalam bersama2 dengan agar cokelat tu.... bila puasa ni nak makan macam2 jer kan.... tu kak rose lah tu.... selalu nak yang manis dan masin jugak.... x tau kenapa ya mesti ada kuih muih untuk bukak puasa ni.... selalunya kak rose lewat baru makan nasik... jadi makan je kuih2 dulu... buat ni banyak dan dapatlah jiran kak rose merasa murtabak ni.... tp malas pulak nak sediakan bawang cuka tu.... jadi makan cenggitu jer dah sedap pun!. resepinya dulu dah penah tepek kat sini dan sekali lagi kak rose tepek ya.... macih minami133 kerana share resepinya ya....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose bubuh batang celeri banyak2... sedap rangup krup krap)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • (kak rose doublekan bahan)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

6 comments:

Sally said...

Sally pun buat semalam kak..tapi tergesa2..sangat ..rsuh balik kerja kul 6 ..ngam nak berbuka baru ready.. tak sempat nak posing...petang ni buat lg nampak gayanya..tak puas makan lagi..hehh

HALAMANKU said...

wah setuju kak rose.. kat umah ader lagi kulit popiya... rajintullah akak.. best klu jadi jiran akak.. he he he

izahdaut said...

kk rose..ni bukn segera nih..ni kena buat inti bagai nih..nk buat jugak la...hihi

Kak Rose said...

sally, x sempat posing ya... asalkan sempat siap untuk berbuka udah ler...janji sedap kan...

Kak Rose said...

erma, saja buat banyak... dapat jiran merasa bula2 posa ni...

Kak Rose said...

izah, kak rose buat inti banyak2 n simpan nnti nak buat lagi potongkan batang celeri dan telor je... segera la tu...