Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 7, 2010

Ayam masak bali

Nor!!!! kak rose nak ikut..... ha, kan ari tu tanya sapa nak ikut g Bali.....tp x de la flight tiket dan hotel2 bagai.... yang ado cuma ayam bali jer.... memang mabeles resepi ayam nih.... x yah g pun dapat makan ayam bali....camner dapat nama tu pun tidak lah diketahui, yang penting rasanya....pada Amir Said dan Nor, berbanyak terima kasih kerana share resepi ni. kak rose mintak izin nak kopipes resepinya kat sini ya.....( kak rose ikut cara nor memasaknya... goreng ayam dulu)

AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari (kak rose x letak- tak de)
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

2 comments:

K.Nor said...

wah wah.. wahh... 2 resipi serentak arini ya.. syabas!! hihihi.. chedap kan.. anak2 nor suka sgt dgn ayam ni.. mmg best!

cantik gak ayam k.rose tu.. :)

Kak Rose said...

buat 1/2 ekor.... sekali ngadap 3 beranak abes licin... finger lickin' good. len kali leh wat lagi nih.