Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 10, 2012

Gyoza

 salam hari isnin yg mendung jer... hari2 ada hujan turun, tp tuan rumah tenggelam timbul kat rumah ni... dah jemu dengan hidangan kuih bakar keledek tu kan, moh kita cuba makan gyoza ni... pertama kali nampak kat rumah Ros SinaranMenu tu rasa sangat nak cuba buat.... tp baru ni hajat tu kesampaian...

memula siapkan bahan2 inti....

Bahan Inti
*  100 grm kubis dipotong halus
*  1/2 biji carrot diparut halus
*  2 batang daun bawang potong halus
* 14 ekor udang sederhana besar dipotong halus
* Lebih kurang 200 grm minced chicken
* 1 1/ 2 sudu kecil minyak bijan
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil gula
* garam secukup rasa

 pack of kulit gyoza yang kak rose guna... bli readymade kat care4. kulit wantan tu tah bila la pulak nak diprojekkan.... kebetulan ada terus bli sekali. kedua2 ada tanda sijil halal kat packet tu.@30pcs/pack.


Cara menyediakan
1- Campurkan semua bahan hingga sebati.Ambil sekeping kulit gyoza dan masukkan 1 sudu inti.Sapu sedikit air ditepi kulit gyoza .Tutup kemas dan picit tepinya .
2- Sapukan sedikit minyak dalam non stick pan dan panaskan kuali.Bila kuali sudah panas ,atur dalam 8 ke 10 biji gyoza dalam kuali. Masak hingga bahagian bawah gyoza kuning keperangan.
3- Masukkan 1/3 cawan air kedalam kuali dan tutup kuali.Masak gyoza hingga air kering. Buka penutup kuali, angkat dan hidang lah bersama sos pilihan dan makan semasa panas.


dah siap klim, ready untuk masuk koli. dan kak rose buat 3 versi.... macam rajin sangat kan? actually buat experiments, nak tau jugak yg mana paling sesuai ditekak jawa ni....

 versi ikut resepi diatas.... rangup garing kulit dibawah gyoza ni...

 versi yang kukus saja... dengan sapuan minyak bawang putih n bawang putih goreng

Minyak bawang putih
Potong halus bawang putih.masukkan dalam 1/3 cawan minyak kedalam mangkuk dan masukkan bawang putih tadi.masak dalam microvawe selama lebih kurang 2 ke 3 minit atau mengikut cara dan kepanasan microvawe masing-masing. (kak rose goreng dalam koli sampai bawang putih garing)

yang ni pulak, selepas kukus tu kak rose goreng pulak... semuanya sedap dan sangat lembut dimakan masa masih panas2.... bila dah sejuk kulit dia jadi a bit liat. so memang disuggestkan makan masa panas2 dan cicah sos kegemaran masing2 lah ya.

11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Cantek tengok klim kulit Gyoza tu :D

Kak rose masa sedap yg digoreng atau di kukus... hehehe ni kes nak cuba yg senang ajer :))

Mas said...

salam.

singgah sini nmpk resipi ni. first time sy tgk ni kak. nmpk mengancam! boleh cuba!

Kak Rose said...

Yati, kak rose suka yg versi goreng... menambah lemak lagi! he he he

Kak Rose said...

Mas, sila sila...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros sedapkan???esok pun Ros nak buat dumpling untuk mak dari kampung yang ada kat sini mencubanya...tunggu...

faa.rosli said...

boleh try ni..selalu faa lalu n tengok je pastry ni jual kat pasaraya tp xtaw nak buat apa dgn mende ni..rupanya kene buat gini..nak try laa..hehe

Qasey Honey said...

teringin nk cuba buat nti..nmpk cm sng..mcm susah pon ade kot..hihi..tq share resepi..

Sheila Shafeareen said...

salam kak ros...sheila buat buat lg ..buat utk manu mkn mlm...kenyang 5, 6 ketul

Sue @ Nenie said...

Salam...teringin plak nak cuba gyoza ni...kena cari kulit dia dululah nampak gayanya...

Anonymous said...

salam...sy baru jumpe blog ni..kalau ada resepi buat kulit wantan update ye,sbb sy bkn di malaysia,jd ssh sikit nak cari kulit wantan...sy akan slalu jenguk2 blog ni..terime kasih..

Anonymous said...

salam..saya nak tanya..kat mana ye nak dapat kulit wantan kat area2 s.alam atau klang...tq