Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 31, 2013

Gulai pisang muda berempah

 gulai pisang muda dari pokok yang kak rose tanam sendiri didepan rumah yang sekangkang kera .... ni kali kedua lah kiranya pokok pisang ni berbuah dan dapat merasa hasilnya. x pernah terpikir nak buat gulai pisang ni, tp jiran sebelah rumah mention nak mintak pisang ni nak buat gulai katanya.... so kak rose pun soh la en asben tebang, dan pagi semalam terus lah kak rose mengoperasi buat gulai ni... orang lain yang nak buat gulai kak rose pun nak jugak! sebelum tu mmg merata cari resepi ni, dan dari dapur CMG jugak yang kak rose berkenan...so inilah gulainya, berbuka dengan meratah gulai pisang berempah ni sampai en asben tegur macam kemaruk sangat katanya!.

 mekasih ya Mat sharekan resepi ni, mintak izin nak kongsikan kat sini lak ek.... kak rose buat 6 biji jer, tp punyalah banyak jadinya, so dapatlah jiran kak rose merasa gulai pisang ni.... dan kak rose gantikan ikan masin tu dengan ayam. kira menderhaka sketlah dengan resepi CMG ni. tak pe kan mat?

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang sayur muda
6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam (kak rose gantikan dengan 2 keping whole leg ayam)
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1 liter santan cair
2 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh kerisik

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan (kak rose x bubuh)
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

hasil dari tanam sendiri.... molat2 & montoks2 dan dah selamat bagikan kat jiran2....

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedapppp!!..

WW: cobaaaannnn

dah nak abes pun bulan Ramadhan.... jangan la sampai jadi cenggini ya kawan2....
(gambar pinjam dari cik google)

Tuesday, July 30, 2013

Mixed fruits cookies

 my 2nd cookies yang buat semalam... mixed fruits cookies yang sangat crunchy dari resepi citarasawan lagi...tp rupa mmg x de lah macam yang kak wan tu buat... keras tangan kak rose ni x dapat nak membentuk secantik itu. x kisah la kan asalkan sedap. nak sedapkan hati sendiri... apa ada pada rupa kan? hu hu hu. kak rose kongsikan kat sini resepi dari kak wan ni ya. mekasih kak wan.

Bahan A

180gm butter
20gm shortening
80gm gula kacter
1/2 sudu teh esen vanilla
250gm tepung rose/gandum (kak rose guna tepung gandum jer)
50gm tepung kastad
30gm susu tepung
1/8 sudu teh baking powder

Bahan B
20gm apricot kering
20gm blackcurrent
10gm kismis kering
atau pilihan buah2an kering (kak rose guna mixed fruits yg dlm kotak tu)

Cara:
Pukul butter, shortening, gula dan esen vanilla hingga berkrim.
Satukan semua tepung dan baking powder, ayak. masukkan bahan B dan gaul bersama adunan butter hingga menjadi doh lembut
Bahagikan doh kepada 3  bahagian, bentukkan setiap doh menjadi kiub 4 segi yang panjang spt bar dan bungkus dengan kertas minyak dengan kemas dan padat. simpan dalam fridge selama 30 minit.
Keluarkan dari fridge dan potong dengan pisau yang tajam setebal 1cm.
Bakar dalam oven, suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
(kak rose guna acuan terap je.... tp jadi x cantik la sbb x nampak potongan buah tu)

mixed fruits cookies yang sememeh tp sangat sedap n crunchy....

Monday, July 29, 2013

Coco crunch cookies

 finally, this is my first cookies for this coming hari raya... datang jugak sudahnya vitamin r yang dinanti2 kan tu....atau kerana mmg dah kena buat jugak, so gagahkan diri menggodek la pagi ni. buat pun satu adunan jer, cukuplah dapat 150+pcs untuk my emak n mil jugak. resepi kak rose copy dari blog citarasawan, mekasih ya kak wan... tp kejadiannya x lah secantik dengan tuan punya resepi...keras tangan nak mendeko, so togel je lah cookies ni.. kalau nak tengok hasil seni keratif kak wan sila g ke link yg kak rose bagi tu ya

Bahan-bahan

250gm butter
180gm gula perang
2 biji kuning telor
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda baikabonat
100gm coco crunch - kisar halus
50gm choc chip halus (kak rose guna rice chocolate)

hiasan: coco crunch secukupnya

 dua of three tray baru kuor dari oben - panas panas
Cara-cara

Ayak tepung, baking powder dan soda baikabonat. satukan dengan serbuk coco crunch dan chocolate rice. gaul rata, ketepikan
Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim. masukkan telor satu persatu dan putar hingga sebati.
Masukkan kedalam adunan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut, rehatkan selama 10 minits.
Ambil doh sebesar ibu jari, bulatkan dan tekan atasnya dengan coco crunch.
Bakar pada suhu 150C selama 25 minit atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dihias dengan cokelat cair jika suka .


Iftar 19-pulut serawa durian+nasi goreng je

 salam 20 Ramadhan dan selamat pagi... kiranya x lama lagi dah raya la kan?... makin lama posa dah x tau nak masak apa pulak untuk juadah berbuka... kalau g pasar ramadhan terlalu banyak pulak pilihan sampai x tau nak pilih yg mana satu...akhirnya balik rumah masak sendiri jugak yang paling afdal kan.. dijamin bersih n x basi....sbb mmg pernah alami bli 2 lauk di param dan kedua2nya basi. malang sungguh hari tu, sudahnya goreng telo mata makan ngan kicap je la. kesian kan... sejak dari hari tu mmg beringat2 sangat masa nak membeli....masak sendiri, buat yg sempoi2 pun ok gak. since ada durian yg bawak balik dari kampung ari tu, en asben nak makan dengan pulut, jadilah serawa durian ni...mekasih mat CMG yang sharekan resepinya. kak rose cnp ya.

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus* (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum* (omit this one)
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...
dan nasi goreng sempoi, semua sayur taruk itu dalam.... carrot, capsicum hijau, kacang buncis, putik jagung n kubis dan udang banyak banyak...ada jugak goreng kopok leko nganu mari punya tp x sempat nak amik gambar dah! Syukur Alhamdullilah, kenyang dah dan nasib baik x mengantuk dan letih masa solat tarawih sbb makan pulut tu!

Sunday, July 28, 2013

Iftar 18 - satay kajang+putu bambu juriah

 salam 19 Ramadhan dan salam hri minggu semuanya ya... cuti2 ni mesti ramai yang sibuk mengukis untuk persiapan hari raya kan...jeles jugak kak rose tengok bila kawan2 tayang cokies yang dah dibuat... tp kak rose ni entah bila la nak mula mengukis... rasa malas sunguh2, cam x de mood nak raya jer gamaknya... ada jugak listkan a few, bahan pun dah bli, tapi entah bila vitamin r tu nak mai untuk mulakan! sejak puasa ni bila  hujung minggu x dapat nak rehat lagi, 1st week g ke jb melawat adik yang sakit and 2nd week pulak balik ke kelantan jugak visiting mil yang kurang sihat, dan minggu ni balik kg di batu pahat pulak... nak berbuka posa dengan emak dikampung....so mmg x dapat lepak2 cam selalu lah, dan malam bila pas balik dari solat tarawih tu cam dah lepak sangat... de nyer nak buat sekut bagai, rasa nak bum jer kan..

so berbuka semalam dengan hasil belian disepanjang perjalanan balik dari kampung tu... putu bambu juriah ni bli kat persimpangan air hitam, mmg sedap, walaupun dah sejuk ttp lembut gitu. bli 2 pack ni, satu lagi makan masa sahur tadi. kalau balik kg macam satu kemestian pulak nak singgah bli putu ni. dan sate kajang ni kami bli masa singgah solat di rnr dengkil... lambat pulak bukaknya masa bulan posa ni...tapi tunggu jugaklah, senang keja, sampai rumah x yah nak pk nak masak2 lagi kan...

Friday, July 26, 2013

Potato wedges

buat potato wedges ni nak makan dengan ayam bakar semalam... tu dia, panas2 baru angkat dari koli terus berposing dengan bakul penapis... dah lewat, so x de la nak berposing lawa2 bagai kan... sedap, crispy diluar n lembut didalamnya.... sambung meratah lepas balik dari solat tarawih, konyang den! resepi sempoi dari Myr oleh tulip77. mekasih ya.

Bahan-bahan ( 2 biji )

  • 2 biji kentang - saiz besar (kak rose guna russet potato)
  • 5 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit gula (x letak)
  • sedikit serbuk kunyit (kak rose gantikan dengan serbuk kari)

Cara-cara

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.(kak rose x campur air)
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.

Ayam bakar halia


Salam Nuzul Quran buat semua.... kepada yang bercuti sempena hari Nuzul Quran ni pasti nak g shopping hari raya....dan yang sudah pasti KL sesak dengan orang ramai...begitu lah setiap tahun kan.. orang ramai bershopping like no tomorrow gitu! apa lagi kakitangan kerajaan baru dapat gaji dan juga duit raya, memanglah memborong sakan untuk raya nanti.. kak rose ni x de rasa macam nak raya lak... satu cookies pun x buat lagi, tp bila dengar lagu raya kat radio, rasa macam dah dekat sangat nak raya kan... apa pun menu bukak posa juga kena dulukan... semalam kak rose buat ayam bakar halia ni makan dengan potato wedges jer...rasa dah x lalu nak makan nasik tp nnti bila lapo nasik jugak yg dicari... resepi ayam bakar ni kak rose amik dari dapo Ummi, dah buat banyak kali jugak. kak rose kongsikan kat sini lagi sekali ya..

kak rose buat guna dua keping whole leg tu, jadi pandai2 la ejas bahan agar menepati citarasa sendiri ya... salad pun x dak... cuma ada lettuce n cherry tomatoes

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) (kak rose 2 keping whole leg jer)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose terus jer bakar dalam oben
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

Thursday, July 25, 2013

Ayam masak paprik

 salam Ramadhan ke 16 dan selamat pagi buat semua. pagi kak rose nak tepek lauk dinner petang semalam buat mengisi dapur maya yang tenggelam timbul ni...semalam g jumpa doktor buat follow-up pasal kak rose nyer frozen shoulder tu, the first question yg doc tu tanya ialah "dah kurangkan guna komputer x? masih main game lagi x?". masa ni dia belum pun nampak kak rose sbb dia masih dibiliknya dan kak rose berada dibilik rawatan bersebelahan yang bertutup dengan langsir.... adoyai la Dato Dr. Anuar Onah ni, macam lawak la pulak. ade ke dia tanya cam tu kan.... so kak rose jawap la "dah very much less tapi x leh nak tinggal terus la" bila dia datang jumpa kak rose sambil senyum dia geleng kepala "tu pasal la susah nak baik" n soh sambung physio tu.... nntilah lepas raya jumpa dia balik n talk about sambung physio tu sbb nak raya dulu la kan. dia kata "boleh dengan syarat kena buat exercises yg diajarkan oleh therapist tu kat rumah, kalau tidak nnti back to square one, sakit macam memula tu!" so mmg kena kurangkan sangat mengadap menda ni dan x dapat berbw n jawap komen dari kawan2 semua... terima kasih banyak2 pada yg masih sudi datang kat sini n tinggalkan komen. really appreciated n thank you sooooo much.

so mask pun yg simple2 jer.... ni kira lauk suma dalam satu... ayam n sayur suma taruk kasi dalam. senang keja kan dan buat jugak sotong goreng celup tepung.  resepinya dari mutiarazura dari Myr. mekasih ya dan kak rose kongsikan kat sini lak..


Bahan-bahan
  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)
 

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  7. NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

Wednesday, July 24, 2013

Telor masak kicap

bulan puasa ni macam2 nak makan kan.... nampak telor masak kicap pun teringin sangat. ni gara2 tayangan amal oleh CMG dengan telor masak kicapnya, berhari2 pulak kak rose nak makan, dan semalam baru dapat buat... mmg sungguh terliur nampak telor goreng berposing dengan soon yg berkilat berkicap tu...x dak leek pun nak buat jugak, dan kak rose buat dengan dua buji telo jer, so pandai2 la nak ejas rasanya kan... kak rose cnp kan resepi dari CMG ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur atau secukupnya
1/2 cekak soo hoon
1 batang leek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
4 camca besar kicap lemak manis Jalen
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau, toskan. Soo hoon dikerat pendek dan rendam hingga lembut. Leek dikerat pendek dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek (toskan), masak hingga harum, tambah hirisan cili merah dan hijau. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukkan kicap, kacau dan tambah telur mata kerbau, kacau perlahan. Masukkan soo hoon (toskan) dan masak dengan api kecil hingga soo hoon lembut, kalau anda suka lebih kuah, tambah sedikit lagi air. Masak sekejap, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat atau bubur..

WW: New flavour

jangan add perasa ni dalam cookies raya, ya kawan2......

Tuesday, July 23, 2013

Tang yuan

 manisan simple untuk bukak puasa semalam.... memula tu nak buat badak berendam, tp bila pk kan x nak makan yang berlemak2 teruslah jadi nyonya dessert ni. simple n nice la pada tekak kami. ada banyak variasi jenis tang yuan ni, ada yang siap dengan inti bagai. tp yg kak rose buat ni x de inti, just plain pulut doh n bulat2 kan. sangat simple kan, tepung pulut ball soak in sirap gula. done! meh kak rose tepek resepinya kat sini..

Ingredients:

Syrup
1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves
(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)
Rice Dumplings
2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors ) (kak rose guna 5 colors)

Method:
  1. To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
  2. In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
  3. Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
  4. Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
  5. Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
  6. Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle. (kak rose x simpan pun, pas bancuh tu terus jer bulat2kan)
  7. Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
  8. Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)
Cook’s Note :
You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.

Udang goreng telur masin

 salam Ramadhan ke 14.... cepatnya masa berlalu, dah hampir separuh perjalanan puasa kita dibulan mulia ini dan semuga segala ibadah kita dapat diterima olehnya, Insyaallah. terima kasih juga buat kawan2 yang bertandang ke blog kak rose yang tenggelam timbul ni...entah lah, bz ke malas ke atau mmg x de mood nak mengupdate rumah maya ni. bulan puasa ni masak yang biasa2 jer, nak tepek kat sini pun asik menda yang sama... ya lah, tukang masak ni pun bukan pandai sangat, jadi masak pun apa yang kita tau nak buat la kan... yang penting dapat berbuka dengan selamatnya. tp semalam ada sket rajin nak masak, masa browsing tu ternampaklah resepi dari secubit garam ni...teruslah nak mencuba. mekasih Nor dan Zila4ever yang sharekan resepi ni ya. kak rose mintak izin nak cnp ya.


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Sunday, July 21, 2013

Kawan2 pernah dapat ni?


salam ramadhan ke 12 dan salam hari minggu juga buat kawan2 semua... huh!!! dah bersawang berhabuk dah rumah maya kak rose ni, tapi nasib baik kan sbb sambal ikan bilis kacang tu x cepat rosak, jadi masih boleh juga buat hidangan buat kawan2 yang bertandang kesini...maaf banyak2 sbb tuan rumah balik kampung ke kelantan untuk ziarah MIL yang kurang sihat..  x de paln nak balik pun masa bulan posa ni, kira mengejut je nak balik ni. tengahari tu en asben called boleh cuti n balik kg. so kak rose pun cepat2 siapkan kain baju and masak untuk bawak bekal bukak posa nnti. en asben balik keja petang tu terus gerak dan kami bermalam di Gerik. bukak posa diperjalanan sebelum sampai di pekan Gerik dan bila dah rushing tu mmg ade je yang x kenanya...dan inilah yang kami dapat.... terlupa pulak nak on kan aes detector tu dan bila dah kena capture baru lah teringat nak on kan... nasik dah jadi buburkan, sediakan je lah duit raya 300 tu untuk bayar! kena capture ni 124km/hr, tepi2 jalan tu ada tengah buat construction n banyak cone disepanjang jalan dan kamera aes jugak...

peringatan buat kawan2 yang nak ke utara, camera ni terletak di km 375.9. dalam perjalanan balik semalam, saja tengok baik tempat kena capture tu, mmg banyak sangat kenderaan yang kena flash...mmg off guard la kalau x on kan aes detector tu. dan dalam print out list yang kak rose dok bawa di km ni x de pun tercatit adenya kamera ni, tp yang paling hampir ialah di km 373.2 dan 367.9 tp x nampak pun..... apakan nnti akan dipasang jugak di sini, kiranya kalau siap nnti akan ada 9 lagi kamera aes ni disepanjang lebuhraya di Perak antara Kuala Kangsar ke Slim River?

meh kita tengok video ni....when punishment become a business! perlahan2 memandu.... not more than 120km/hr ya!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M1bL0fd0ekU
 baca yang ni jugak ya...
http://aesdetector.blogspot.com/2013/07/673339-saman-aes-telah-dikeluarkan.html

Monday, July 15, 2013

Sambal ikan bilis +kacang

 salam dan selamat pagi kawan2 semua.... ni projek hari sabtu dan ahad semalam... x pernah buat sambal ikan bilis begini banyak.... adoyaiiii lenguh tangan2 menggoreng ikan bilis n kacang jugak masa masak sambal tu.... baca bakyak review untuk buat sambal ni, maklumlah sllu tu buat seciput jer, kali ni anak mintak soh buatkan untuk kawan2 kat rumah sewanya... sambal tu kena masak lama supaya nnti ikan bilis dan kacang x lemau bila dah digaul dengan sambal tu... mula masak pada petang dan sambung semula lepas balik dari solat tarawih... lama gila kan dan Alhamdullilah menjadi dengan jayanya...cumanya ikan bilis tu agak masin. dan resepi yang jadi rujukkan kak rose dari Chef Hanieliza dan blog Mimie cinta itu indah, mekasih pada mereka dan harap2 kawan busu akan suka dengan sambal ni ya.

kak rose guna 1 1/2 kg ikan bilis n 1 1/2 kg kacang, jadi pandai2 la nak ejas bahan2 supaya menepati citarasa. tq Mimie, siap ada note n petua camner nak bagi ikan bilis ttp crispy gitu.

bahan-bahannya :

- cili kering
- ikan bilis (goreng n ketepikan)
- kacang tanah (goreng n ketepikan biar betul2 sejuk)
- sedikit garam
- sedikit gula
- minyak masak
- sedikit bawang merah
- sedikit bawang putih

- (kak rose tambah udang kering n kiub ikan bilis megi, asam jawa jugak) 

cara membuatnya :


- panaskan minyak & masukkan bawang  merah  & bawang putih yang telah ditumbuk tadi. goreng sehingga ia nampak garing.

-masukkan cili kering tadi yang telah ditumbuk lumat. masak sehingga ianya garing & pecah minyak. (nak masak cili ambik masa yang lama, rasanya dalam 2 jam ke 2 jam lebih saya buat sebab nak biarkan ia betul-betul kering & pecah minyak) *kena banyak bersabar & bertahan ye kat dapur* hehehe

- setelah ianya hampir masak, jangan lupa masukkan sedikit garam dan sedikit gula.

-setelah ianya betul-betul masak (tempoh 2jam or 2 jam lebih saya buat) tutup api dan biarkan ianya sejuk.

- pabila bahan yang telah ditumis tadi sejuk, baru gaulkan ikan bilis, kacang tadi sehingga rata.


nota masakan :

- masak sambal kering ni seeloknya tidak menggunakan air langsung. sebab air boleh menyebabkan ikan bilis tu tak tahan lama. lebihkan minyak dalam masakan tersebut.

- ikan bilis yang nak di gaulkan tu juga kena betul-betul sejuk. sama juga dengan kacang tadi. semua bahan digaulkan bersama apabila ternyata telah sejuk untuk mengelakkan ianya cepat liat.

- cili kering itu seeloknya ditumbuk. bukan di blender untuk membuatkan ia bertahan lama. saya sediakan cili tu sehari awal sebab nak tumbuk cili tu ambik masa yang lama. kalau kita blender, cili tersebut telah bercampur dengan air. (kak rose blend je tp mmg lama gila masaknya!)

- ikan bilis tu juga saya sediakan sehari awal. sebab nak ianya betul-betul kering sebelum di goreng.

- gula dicampurkan sedikit untuk mengekalkan kerangupan sambal tersebut.

- cili tu memang kena masak lama tau..xleh masak kejap je.. 

Sunday, July 14, 2013

Iftar Ramadhan ke 4

 salam hari minggu buat semua...cepatnya masa berlalu dan hari ni hari kelima kita menjalani ibadat puasa. untuk ibu2 pastinya juadah berbuka lah yang selalu saja pening nak menyediakannya... apa lagi masa ni lah anak2 pasti nak kan sesuatu yang istimewa dan sebagai ibu tentunya seboleh mungkin nak memenuhi permintaan mereka. begitu juga kak rose ni, bila anak balik macam2 dihendaknya... dan satunya ialah bubur pulut hitam ni...gigih g cari dan tengahari baru dapat merendam pulut ni, nasib baik jer turn out lembut n nice bubur pulut hitam emergency ni... bermangkuk dia makan dan maknya pun sambung makan lagi selepas balik dari tarawih..

 tauhu sumbat dengan sos istimewa ni permintaan bapaknya pulak... kena la jugak turutkan. cuma bli tauhu jer sbb bahan yang lain mmg dah ada dan sediakan sos guna resepi ni... tp mmg amik masa jugak nak memasak sosnya ni... so kira sepetang jugak duk kat dapo. tp puas ati bila tengok anak n bapak selera je makan..

 lauk pulak goreng ikan siakap, tp lupa lak nak amik gambo... kira seekor besar tu anak sorang je yang makan.... sambung sampai kesahur, sbb anak sorang jer yang sahur dengan nasi.... kami ttp jugak dengan toast n nescafe jer n lot of plain water.... udang goreng ni jugak anak punya pebret, makan sampai x hengat allergicnya!

buat jugak sup ayam sempoi dan en. somi lah tukang masaknya... nasib baik ada penolong didapur, cepat jugaklah siap semuanya.... walaupun sedikit penat nak sediakan semuanya tp bila tengok derang berselera makan, mamanya pun happy jer.

Saturday, July 13, 2013

Gulai lomak cili api udang + kacang buncis

 gulai lomak pebret sepanjang masa... x kisahla kolesterol, ke lemak2 ke asalkan sodap ditokak bulan2 posa ni....lama sungguh x masak gulai sebenarnya tp bila posa ni kenalah merajinkan diri memasak sbb sendiri nak makan kan. kalau x buat sapa nak sediakan pulak? masak mana2 yang mudah disediakan dan menepati citarasa en somi dan  anak...dan maknya jugak! tp x leh makan banyak2 nnti lomah jer masa tarawih... sllu jamah sikit sebelum g dan balik nnti sambung lagi. camner la x gumuks kan.... ni kalau digandingkan dengan ikan masin goreng lagila terangkat...tp x dak ikan masin cuma ayam goreng jer. ok gak .

resepi dari sini. mekasih ya dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak...suka gulai cam ni, x de bawang bagai segala macam gulai orang nisemilan. sedap!

Bahan:
Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

 (kak rose buh sebatang serai - ketuk)

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

Kuih cara manis

 salam dan selamat pagi ramadhan yang ke empat.... cepat saja masa berlalu kan. x sedar dah hari keempat kita berpuasa, Insya Allah. dan yang pasti para ibu mmg sibuk memikirkan apa juadah berbuka puasa yang nak disediakan untuk keluarga. yang x sempat memasak tu pasti lah kuih tunjuk2 di param untuk hidangan berbuka... tp sllunya la kuih2 yang dijual mmg x menepati citarasa, lainla kalau kita buat sendiri kan....tp apakan daya...so pilihan ditangan kita sendiri. buat kak rose yg x keja ni mmg lah banyak masa nak siapkan menu berbuka, tp vitamin m pun banyak jugak...so buat yg mudah2 jer n sedap ditekak keluarga. kuih kegemaran anak yg baru balik dari melaka....resepi dari rumah CMG lagi... mmg blog rujukan dibulan puasa ni!. mekasih ya Mat.


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

Friday, July 12, 2013

Kerabu mangga muda ala Thai

 salam dan selamat petang.... dah sedia nak masak apa untuk juadah berbuka hari ni? meh kak rose kongsikan resepi kerabu mangga yang kak rose cnp dari rumah CMG ni..... puasa ni mata jadi jahat sangat kan, nampak apa saja menu kat rumah orang mula lah nak merasanya, gitu juga dengan kerabu ni, nasib baik jer mendapat sambutan, siap boleh meratah lagi. mekasih ya mat kongsikan resepi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh sebiji jer + cili merah)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

Onde onde keledek

 kuih manis untuk iftar kedua kami.... onde onde keledek yang sedap n lembut, instead of yg sllu buat tu pulut saja, bila ada campur dengan keledek ni mmg lembut sangat. warna pun cantik jer, without any additional colour, kaler ori dari keledek oren.  resepi dari Yatie n Nor, mekasih ya, kak rose kongsikan kat sini lak kalau ada yang nak mencuba untuk juadah bukak posa nnti.

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1 - iftar kami

 Alhamdullilah, selesai sudah hari pertama berpuasa dan malam yang kedua untuk solat tarawih. suykur sangat2 diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah dibulan ramadhan ini dan semuga berterusan hinggan keakhir puasa. dan yang x kurang pentingnya adalah juadah untuk berbuka puasa. kalau dulu en somi rajin membeli bermacam2 kuih, tp sekarang tidak lagi. lebih prefer masakan dirumah walaupun x sesedap mana, masak yang sempoi2 je cukuplah untuk mengisi perut menghilang lapar dan dahaga.. sayur brokoli goreng dengan udang, makan dengan nasi panas2 mmg best. balik dari tarawih boleh sambung meratah sayur ni lagi....

 ayam rendang yang dah siapkan awal2 untuk persediaan bulan puasa dan frozenkan, nak makan tinggal reheat dah siap boleh dihidang...

untuk dessert, buat lengkong sirap rose. resepi dari dapur CMG kat sini, tp kak rose buat separuh adunan jer dan tuang dalam bekas love kecik2 ni... goreng jugak karipap frozen, yang juga dah buat awal2 untuk stok bulan puasa...dan sbb buat frozen karipap ni, frozen shoulder yang sedang menjlanai terapi terasa balik sakitnya. dah lah esok nak kena sambung terapi, marahla pulak mak tiri kat sdmc tu nnti. dia suruh rehatkan tangan jangan buat apa2 keja! habis sapa nak siapkan juadah berbuka kami ni? betul dak?

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa,semuga ibadat kita semua mendapat rahmatnya dibulan mulia ini. terima kasih buat kawan2 semua yang masih sudi berkunjung kerumah maya kak rose yg tenggelam timbul ni... sejak kena frozen shoulders tu mmg nak kurangkan sangat mengadap komputer ni, jadi rumah ni macam terbiar jer dan mmg x dapatlah nak merempit2 ber bw bagai.... mohon maaf banyak2 ya... dan 1st day  solat terawih mmg penuh to the brim lah kat mesjid tadi...tapi selepas lapan rakaat yang tinggal hanya x sampai separuh. Alhamdullilah dan dapatlah jugak menghabiskan dua puluh rakaat dihari pertama ni...sama-samalah kita berusaha mendapat rahmat dan mengumpul pahala ini seperti fadhilat berpuasa dibulan Ramadhan....

updated.... kak rose terpaksa delete kelebihan terawih malam malam dibulan ramadhan tadi tu sbb ditakuti itu adalah hadith palsu.... banyak jugak blog n fb dah keluarkan issue ini, jadi biarlah kita mengerjakan ibadah terawih ini dengan niat yang ikhlas agar ianya akan diterima oleh Nya... sebagai ganti kak rose cnpkan dari sini terjemahan doa2 yang dibaca selepas solat terawih ni. muga kita semua akan mendapat manafaatnya...





Aminnnn. selamat mengerjakan ibadah puasa dan juga solat terawih di malam harinya.

Monday, July 8, 2013

LHDN, ade lagi yg nak kena bayar....

 salam dan selamat petang semua.... dah berapa hari kak rose x jengah rumah ni, bz memanjang. kehulu ke hilir, entah apa yg disibukkan...tp mmg ade je menda yang nak kena buat dan perlukan peruntukkan masa. jadi kena lah buat mana yg lebih penting dulu kan... hari ni pulak sepagi berada di pejabat lhdn shah alam. mencari parking punyalah lama, beberapa kali pusing kat bawah bangunan perangsang tu, barulah dapat paking. nampak memang banyak paking yg kosong tp semuanya untuk reserved punya, jadi kenalah berpusing banyak kali baru dapat paking lot. dah naik ke pejabat pulak kena tunggu punyalah lama, kaunter banyak tp x de staff yang attend sbb ramai staff pergi ke HQ sbb ada CEO nak melawat!  cuma ada satu kaunter je yg attend to hal2 cukai pendapatan, hampir 2 jam menunggu barulah no. giliran dipanggil. jenuh menunggu! rasa2 macam x nak g bayar jer cukai tu. sebenarnya baru jer terima lebihan bayaran cukai pendapatan 2012 dan beberapa hari lepas tu terima pulak surat tunggakkan ni.... adoyai!!!!! kenapalah x di contra jer dari lebihan bayaran tu kan.... so bila dia kata boleh buat bayaran ansuran.... amik la peluang untuk bayar tiga kali ansuran... cakap dengan staff kaunter tu, x leh nak bayar cash sbb nak raya kan. boleh cam tu?

balik dari lhdn, settlekan satu lagi bayaran.... ni untuk rumah sekangkang kera kak rose tu... maintenance fee for July hingga Dec 2013 dan jugak cukai tanah. ramai tuan punya rumah x bayar fee ni tp nak kan service yg tip top dari management. x adil buat kita yg x pernah miss buat bayaran kan. tp nak buat camner, kena bayar jugak sudahnya nnti!