Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 26, 2013

Lamanya x mengupdate.....

Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 yang masih sudi berkunjung ke rumah kak rose yg terbiar bersawang ni.... harap belum terlambat jugak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua, andai ada tersilap kata terkasar bahasa semasa kak rose berblogging, sekali lagi mohon ampun dan maaf ya...

sekian lama tidak mengupdate, serasa macam x de mood nak menaip kat sini, tp sayang pulak bila rumah ni terbiar bersawang je kan... so nak memulakan semula kak rose cuma dapat hidangkan lempeng pekak sarapan kak rose pagi tadi.... sejak sehari sebelum raya, barulah sabtu semalam kak rose dapat berada dirumah sendiri.... oh sweetnya berada dirumah, miss my bantal semua!. tapi apakan daya, kali ni kami berhari raya dengan bermacam dugaan...

dua minggu puasa kami balik ke kelantan bila mil sakit n warded dan dua hari raya pulak mak warded jugak sbb asthma.... masa dapat tau mak dimasukkan ke hospital ni kak rose berada dihotel di Gerik dalam perjalanan untuk berhari raya di kelantan... sedih hati x leh nak kata, tapi perjalanan ke kelantan kami teruskan jugak esok paginya dengan doa dan harapan mak akan cepat sembuh...dan Alhamdullilah, petang esoknya mak dah discharge dari KPJ kluang. 3 hari dikelantan kami balik ke shah alam semula dan siapkan kain baju anak bujang yg nak balik ke melaka pulak...since mak pun x berapa sihat, kak rose amik keputusan balik kampung semula, tapi Alhamdullilah mak sihat saja walaupun tetamu berhari raya masih x berkurang dan ramai anak2 semua dah balik ke rumah masing2...malang x berbau, hari kedua berada dikampung, malam tu mak diserang asthma lagi... actually dia bangun nak bersahur untuk berpuasa enam dibulan syawal, tp lain pulak jadinya...masa paginya mak kata masih boleh tahan n refuse untuk nak kesepital sbb bekalan ubat2 dari KPJ pun ade lagi.... dan menjelang tengahari mak makin x berdaya dan bermula lah seminggu kehidupan kak rose dihospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang menemani emak tersayang.....memang mencabar sungguh menjadi caregiver bila kita x bersedia mental n fizikal, tapi Alhamdullilah dan syukur sangat2 kak rose berjaya melaluinya dan emak pun dah sihat sepenuhnya walaupun kata mak kak rose ni "nurse yang garang"! for her own good jugak la kan...

so for time being, sila jamu mata dengan lempeng pekak cicah kuah dalca oleh my sil yg rajin masak tu.... nanti nanti kak rose ber bw ya...

No comments: