Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 23, 2014

Jeruk kedondong

 salam dan selamat pagi semua..... aci tak pepagi tayang jeruk kedondong ni?. ade yang terliur ker dengan jeruk ni. amik buah ni masa balik kampung ari tu. pokok kat kampung ni mmg x pernah putus berbuah, tapi x de sapa lah nak endahkan dia... terbiar gitu jer masak dan gugur bertaburan kat tanah.  so daripada terbiar jer baiklah jadikan sesuatu yang boleh di ngap. kak rose ni pasal nak ngap tu rajin jer tp nak memulakan proses menjeruk ni mmg lah sangat tak rajin gitu!

 ni lah buahnya.... dua gugus jer pun amik dari pokok tu....banyak lagi bergayutan kat pokok, monyet yang banyak datang tu macam tak teringin nak makan buah masam ni. so kena lah rajinkan diri memperoses... kak rose ikut resepi dari Anim Agro Technology...mudah n sedap la pulokkkk

Cara-cara

1. Kupas, basuh dan tuskan buah kedondong -

2. Rendam dalam air garam semalaman.
3. Bilas buah kedondong dan tuskan.
4. Masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus.
5. Kemudian sekali masukkan cili padi (Jika mahu).
6. Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah ke 2 supaya bila kita dah siap toskan buah maka air gula dah cukup sejuk
7. Simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati. 
 

semalaman dalam air garam...

dan selepas semalaman dalam air gula pulak....dah ready untuk dingap. masih rapuh n crunchy.

2 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
harus la terliur kak.. walaupun saya ni bukannya penggemar tegar.. tapi kalau nampak camni mesti nak juga.. sib baik tak berisi.. hahahhaah kalau tak ku terjah rumah mu kak.. :)

Unknown said...

Knp sama sgt dgn resepi di blog lain? Wording pon sama mcm cplopy paste. Either you copy or the otherothers yg copy. Hmmmmm.. Nk cari yg lain sikit