Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 13, 2014

Puff tuna kelopak

 puff tuna untuk minum petang semalam.... so tinggal gambo je la ya. kali ni ade sikit kerajinan nak membuat puff yang berkelopak bagai! sebenarnya nak menguji kekerasan tangan ni, kalau tengok yang tuan punya resepi ni iaitu sifu masak2 CMG mmg sangat cantik menggoda, tu yang menyebabkan tersangatlah ingin nak mencubanya.. dan siap ade step by step camner nak buat kelopak tu..mekasih mat. .tapi bisalah tangan keras kak rose ni....

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.


BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)


UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :-

 Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar.
 Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar.
Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi.
Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi.
Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar.
Alih ke dalam loyang.
Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap.
Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...

2 comments:

Gee® said...

cantek!!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduh saya tengok pun dah tergoda kak rose... bila lah nak rajin buat puff.. simpan resepi dulu :)