Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 22, 2014

Kuih Jumaat ku....

 kuih serimuka batik yang kak rose buat untuk buah tangan mengaji semalam... weekly event setiap pagi jumaat kami kat sini, gader2 ramai ramai buat majlis bacaan surah Al-Kafi. bacanya sekejap jer tapi gebang2 dan makan2 tu yang buat majlis cam ni sangat seronok.... dan kak rose pun merajinkan diri buat kuih untuk pot luck majlis tu...

 serimuka batik merah yang telah kak rose derhakakan dari resepi asal yang guna pulut hitam dan kak rose gantikan dengan pulut kaler merah yang dah terlebih kaler la pulak.... dan ade kisah disebalik bancuhan kuih ni.... masa nak sediakan lapisan atas tu, kak rose tak semuakan santan sbb nak bancuh hingga hilang ketul2 tepung tu barulah nak masukkan semua santan.... tapi bila dah tapiskan terus jer jerang atas dapur, perasan jugak bancuhan tu pekat semacam... tapi langsung tak terpikir yang ada lagi baki 1 cawan santan yang belum dimasukkan.... lepas curah atas pulut dan terus mengemas segala mangkuk tu lah baru terpandang santan yang berbaki tadi..... adoyai laaaa!!!! tak kan nak keluarkan balik kan. tawakal Allah jer la dengan harapan lapisan atas tu tak la pejal sangat! dan bila dah masak tu mmg x sabar nak tau... keras ker idok kuih kak rose ni? Alahmdullilah, masih boleh diterima kejadiannya....cuma manis sikit sbb kurang santan tu kan...

habis jugak kuih tersalah adun kak rose ni.... resepi nya kak rose guna  resepi pulut seri warna dari Yatie@Sinar Kehidupanku. mekasih tapi maaflah sudah jadi kuih derhaka tanpa lapis seri warnanya...

Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (kak rose buat satu kaler jer)
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

No comments: