Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 2, 2014

Kuih lopes dan Al-Khafi

 Kuih lopes yang kak rose buat untuk buah tangan majlis bacaan Al-Khafi jumaat lepas... kadang2 dah tak tau nak buat kuih apa untuk buah tangan majlis ni pada setiap jumaat.... nak buat yang mudah dan cepat disediakan. dan yang penting mendapat sambutan dari kawan2. pastinya kita suka kalau kuih yang kita bawa tu habis disantap oleh kawan2.... ramai yang bawak kuih tunjuk2... tapi kak rose lebih suka untuk nak buat sendiri.... dan selalunya yang home made ni lah yang jadi pilihan....

 dan selalu mmg buat lebih untuk juadah petang kami berdua pulak.... senang keja kan. meh kak rose kongsikan resepi kuih lopes ni....

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka (kak rose guna sekeping beso tu)
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula. 
*** cara kak rose buat bulat2 tu.... alaskan mug dengan plastik, masukkan pulut n tekan2 biar padat. pas tu simpan dalam fridge bagi set supaya nanti mudah dipotong n gaul dengan kelapa. 


tuan tanah bersama geng bacaan Al-Khafi.... nak jugak enter frame kat sini.

2 comments:

sud@is said...

Assalam singaah sini
kuih my faveret sesangat, berkecur liur nmpak kuih ni dengar air gula tu....

Azie said...

As salam. Insya Allah boleh cuba. Terliur menengoknya