Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 30, 2015

Sambal tumis ikan bilis

 Sambal tumis ikan bilis yang kak rose buat masa bulan puasa... macam2 menu terasa nak makan masa puasa tu... dan yang ni encik asben yang mintak buatkan... kalau ikiu kak rose suka yang bilis goreng garing2 tu, tapi dia nak yang ni jugak... so buat la, dan kak rose buat banyak terus, pack dalam container kecik2 dan masuk dalam freezer, sampai dah lepas raya pun boleh mengulang makan... ni kisah orang malas nak masak berkali2 kan....

kak rose ikut resepi dari kkida, cumanya kak rose tak bubuh petai tu... semata ikan bilis dan bawang saja.... meh kak rose kongsikan resepi asalnya yang ada petai dalam sambal tu...

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Wednesday, July 29, 2015

WW: sambung semula...

oats n susu omega, setelah sebulan di tinggalkan... tapi brisk walk tak stat lagi!

Tuesday, July 28, 2015

Popia nestum



popia nestum yang kak rose buat untuk raya hari tu... nak jugak tepek kat sini. tabik spring toing toing yang teramat pada yang membuat kudapan ni untuk jualan... bila buat sendiri baru tau banyak mana kesabaran yang harus ada untuk menggulung kulit popia ni.... untuk dua pack kulit popia ni pun dah terasa sakit tangan keras kak rose ni dan berulang kali rehat dan sambung semula... hihihi.... memang tak de gaya nak buat untuk jualan la kan... dan lepas gulung n potong2 tu kak rose biarkan kering dulu baru goreng.... resepi campuran nestum pun kak rose amik dari blog, tapi dah lupa sapa tuannya, jadi kak rose mohon halalkan resepinya nak tepek kat sini ya...

Bahan:

1 paket kulit popia (500 gm)
300 gm nestum (blend halus)
200 gm susu (kak rose guna susu omega, tu jer yg ade!)
200 gm gula kastor

satukan semua dan gaul dengan popia goreng yang dah disejukkan.... boleh la nikmatinya dengan nyaman.... dah makan memang susah nak berenti mengunyah!

Monday, July 27, 2015

Sayur kailan ikan masin

 Salam isnin dan selamat tengahari kawan2 semua... apa juadah hidangan tengah hari ini? kalau buntu nak masak sayur apa kata kita cuba sayur kailan ikan masin ni... mudah disediakan dan sedap pulak tu... apa lagi yang suka kan ikan masin macam kak rose ni...

resepinya kak rose kopi dari blog CMG yang sentiasa jadi rujukan masak2 kak rose, mekasih ya Mat dan mohon izin nak kongsikan kat sini lak... tapi kak rose guna ikan talang masin jer... tak suka kan ikan jeruk yg baunya seksi bak kata cik Mat. apa pun ikan masin tu pilihan memasing lah ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak sayur kailan
1 camca besar penuh isi ikan tenggiri masin yang dipotong kecil (kak rose guna ikan talang masin)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, hiris
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Sos ikan secukup rasa (tak suka, gantikan dengan garam jer!)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci sayur kailan, kemudian rendam dalam air yang dicampur 1 camca besar garam selama 10 minit. Toskan, asingkan batang dan daunnya. Potong daun sayur kailan dan ketepikan. Batang sayur kailan diketuk2 sedikit dengan pisau, kemudian hiris. Ketepikan
  2. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Goreng ikan masin tenggiri hingga harum dan keemasan, guna api kecil. Tolak ke tepi kuali. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Kacau rata dengan ikan masin tadi dan masak hingga bawang layu.
  3. Tambah sos tiram, kacau dan tuang air. Masukkan batang sayur kailan dan masak hingga empuk. Masukkan pula daunnya, besarkan api, kacau dan masak hingga lembut. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan atau secukup rasa. Gaul rata dan boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk2 lain...Selamat mencuba!!.


Sunday, July 26, 2015

Bubur som som dalam silicon mould

 Asalamualaikum dan salam hari minggu buat kawan2 semua... lepas puasa baru kak rose nak merasa buat bubur som som ni. biasanya masa bulan puasa mesti ada manisan ni untuk iftar, but not this time... most of kuih iftar jenis yang savoury, so kurang sangat yang manis2 tu tapi camner pun nak gak merasa bubur som som pebret ni.... dan yang sebenarnya nak meresmikan my new toys ni...

 masa balik dari nara, singgah kat free trade zone kat rantau panjang.... mata memang rambang dengan segala menda terutama the corelle things... tapi yang ade pun masih dalam kotak belum berusik... so tabahkan hati n mata  to say no to all those things... tapi bila terpandang silicon mould ni tak sah la kalau tak tersangkut kan... sbb yg corak ni pun memang tak de lagi... so tak la rasa bersalah kalau nak amik satu kan...

 loyang silicon yang ni pun tak de lagi.... sure tak sama dengan loyang aluminium tu kan sbb tu kena bli...hihihi. tapi entah bila la nak guna loyang ni tak tahu lagi la... nantilah kalau ada kerajinan

dan untuk meresmikan mould yang comei2 ni kak rose buat bubur som som yang diidamkan semasa bulan puasa ari tu.... kali ni baru dapat merasa, lebih istimewa dengan silicon mould yang baru jadi ahli dalam gobok kak rose. kalau nak tengok resepi bubur som som pandan ni ada kat sini ya...

Saturday, July 25, 2015

Tang yuan dan kisah sedihnya...

 Asalamualaikum dan salam sabtu buat kawan2 semua.... masih sibuk berhari raya agaknya... ya la raya kan sebulan. hihihi. buat kak rose dah balik dari berhari raya di johor dan juga di kelantan.... perjalanan beraya yang melebihi 2k km yang sangat memakan masa sbb jem, memang meletihkan, tapi demi keluarga kami gagahkan juga dan Alhamdullilah dah selamat sampai ke penang semula. bagaimana pula hari raya kawan2? harap semunya berjalan seperti yang dirancangkan..

dan hari ini baru dapat nak menupdate rumah maya ni, bersawang berabuk ditinggalkan berhari raya... dan kali ni nak tepek tang yuan yang kak rose buat untuk berbuka puasa sebelum balik kampung ari tu... dan kisah sedih tang yuan ni, buat kali ketiga barulah menjadi. kali pertama buat dah siap semua bila nak masukkan dalam air gula tu nampak macam keras jer dan bila belah tengahnya macam x masak, so sudah kasi pada cik tong. bancuk lagi sekali, bila tengah gentel dan masukkan dalam air rebusan tu baru perasan kenapa tepung bancuhan ni lembik semacam..... dan abrulah tengok pada label tepung.... ya Allah, tepung beras rupanya. rasa nak nanges pun ade sbb hari dah lewat sangat.... tapi sbb dah plan dan nak makan jugak, gagahkan diri buat sekali lagi.... dan dapatlah berbuka dengan tang yuan ni setelah dua kali cik tong dapat makan barulah tukang masak punya turn pulak! Alhamdullilah.

pada yang mintak resepi tang yuan yang sangat mudah ni, kak rose kongsikan kat sini ya.  cuma tepung pulut n air gula jer

Ingredients:

Syrup
1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves
(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)

Rice Dumplings
2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors ) (kak rose guna 4 colors)

Method:

  1. To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
  2. In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
  3. Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
  4. Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
  5. Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
  6. Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle. (kak rose x simpan pun, pas bancuh tu terus jer bulat2kan)
  7. Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
  8. Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)
Cook’s Note :
You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Asalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H. sempena dengan hari kejayaan dalam menjalani ibadah puasa dibulan ramadan ni kak rose memohon maaf zahir dan batin kepada semua kawan2, pengunjung rumah maya kak rose ni... kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang berblog ni, sepuluh jari akk rose memohon kemaafan ya.... dan pada semua, kak rose maafkan juga. semuga kita dapat merayakan hari raya kali ini dengan penuh keharmonian dan kegembiraan, Insya Allah.

doakan perjalanan kami selamat untuk bersama kedua2 belah keluarga.... penang, johor bahru, penang, kota bahru dan penang.... huh! jauh perjalanan kami. ini lah hari raya, untuk bersama keluarga adalah satu yang mesti buat kami. Insya Allah, dengan niat yang baik Allah akan permudahkan segalanya. Aamiin.

Wednesday, July 15, 2015

Iftar #27 hati dah nun dikampung....

 Asalamaulaikum dan salam 28 ramadan... semakin menghampiri penghujung nya ramadan kali ini.... dan yang pastinya hati dan perasaan ini sudah berada dikampung bersama keluarga walaupun hakikatnya masih disini, mengupdate rumah maya ni dan en asben pun masih belum bercuti..... Insya Allah akan sampai jugak nanti untuk berhari raya bersama keluarga dikampung...muga dipermudahkan perjalanan kami untuk bertemu emak dan bapak dikampung. Aamiin...

 tiga hari kak rose tak dapat mengupdate rumah maya ni... kebizian yang entah apa2.... masak tetap masak tapi nak amik gambar memang tak sempat bila siap pun dah menjelang waktu berbuka kan...tapi semalam ada sikit free, so adalah gambar juadah berbuka untuk nak tepek kat sini buat kenangan masa akan datang...

 tang yuan dengan kisah sedihnya... kali kedua buat barulah menjadi sbb silly mistake kak rose yang cuai....

 masak asam pedas ikan pelaling yang cenonet ni.... stok ikan 2 ekor siakap, ikan kembung yang gemuk2 n ikan tenggiri terbiar kejung dalam freezer.... nnti lah lepas raya baru masak agaknya ya.

siew pak choy dalam sos tiram request dari tukang bayar.... tukang masak ikut jer la sediakan sayur mudah n sedap ni.

Sunday, July 12, 2015

Iftar #24 Tepung pelita

Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua...banyak kerja nak buat tapi tak tau mana nak  mulakan dulu... asik ngadap komputer jer jadi semua kerja tak jalan....

memenuhi undangan berbuka puasa bersama kawan2, kak rose buat 60 bekas kecik2 tepung pelita sebagai buah tangan. Alhamdullilah, terima kasih pada kawan2 sebab suka dengan kuih ni. agaknya lepas ni kena tanam pokok pisang untuk daunnya kalau nak buat kuih ni..... bekas kecik cenonet ni dah naik rega jadi 15.90/100pcs.....last year masih boleh dapat pada harga sebelas hengget! salahkan gst kah atau ikut jer saranan mentri, kalau mahal jangan beli?

resepi tepung pelita yg sedap nih, mekasih Yani.

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

Saturday, July 11, 2015

Iftar #23 Lomak ciliapi tolo itik

 Asalamualaikum dan selamat pagi sabtu... semakin perjalanan ke penghujung puasa semakin tak tau nak masak apa dah... teringat pulak telo itik yang kak rose beli ahad lepas, boleh lah buat masak lomak ciliapi style nisemilan nih. kak rose suka gulai nisemilan nih.... mudah buatnya dan tak yah nak buh bawang segala... just ciliapi, kunyit n serai, santan pekat kaw2 supaya lemak senang nak bertepek nanti dan digandingkan pulak dengan ikan masin.... mau bertambah nasik! kalau nak resepi style nisemilan ni leh tengok kat sini ya, cuma yg ni bukan lah telo masin ya.... kak rose kopi dari orang nogori punya resepi. mekasih ya Ninie.

 sayur yang mesti ada pada setiap hidangan.... cendawan dan kawan2nya dimasak dalam sos tiram. biarpun sempoi dengan baki apa yang ada dalam fridge... tapi bila dimasak dengan penuh kasih sayang, sedap jugaklah jadinya ditekak kami!

 buntu dah nak buat kuih untuk juadah berbuka, meh buat macam kak rose ni.... cekodok sayur2... kubis racik halus2, sagatkan carrot, daun bawang, daun sup, cili merah, telo.... taruk jer la apa yang rasa tekak nak makan n goreng... cicah dengan home made cili sos.

Alhamdullilah, dengan rezkinya untuk berbuka petang semalam... makan buah betik pebret sampai kenyang, cekodok, nasik lagi.... nasib baik masa tarawih mata tak tertutup je!

Friday, July 10, 2015

Iftar #22 menu ulang2

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua. tinggal beberapa hari jer lagi kita akan meninggalkan bulan ramadan dan yang pastinya sekarang ni kawan2 semua sibuk menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang... banyak cookies dah buat ker? kak rose ni adalah buat sikit2... yang penting ada buah tangan untuk mak dan mil kat kampung... dan kalau fikirkan perjalanan balik kampung masa perayaan ni mmg pening kepala kan... jauh pulak tu nak travel, apa pun semuga perjalanan balik kampung kami nanti akan dipermudahkan. Insya Allah.

 dan juadah berbuka puasa pun menu yang berulang2 dah... kadang2 pening memikirkan apa nak dihidang petang2 tu... maklumlah kalau tak bulan puasa tu memang seminggu sekali jer memasak.... so bila nak buat hari2 ni mmg pusing kepala... nasib baik tukang makan tak kisah dengan apa yang terhidang. Alhamdullilah... sayur campur dengan apa yang ada dalam stok, cukup untuk kami sekeluarga dan juga ada rezeki untuk jiran jugak...

 buah yang masih ada stok... betik kita simpan dulu ya...

 onde2 pun pernah buat ari tu... kira ulangan jugak la kan, cumanya kali ni kak rose buat onde2 keledek oren... without any additional color pun masih menyerlah ke orenan nya. kalau nak tengok tesepinya ada kat sini ya

menu ulang2 untuk iftar kami.... Alhamdullilah dengan rezki dari Nya.

Thursday, July 9, 2015

Iftar #21 hari leftover!

 Asalamulaikum dan selamat pagi.... salam 22 ramadan, sambil mengupdate sambil dengar lagu2 raya... apa la kak rose ni kan, patutnya sambil tu boleh dengar bacaan al-quran instead of dengar lagu... tak per lepas dhuha nanti kita sambung mengaji, juzuk terakhir.... semuga dapat khatamkan hari ini. Insya Allah. tapi sebelum tu nak jugak tepek juadah berbuka petang semalam yang mostly leftover.... so tak de la membazir kan.

 buah ni bukan leftover la kan... selagi tak abes kita hidang jer la dan yg ni memang laju jer makan masa bukak puasa tu.

 pulut serunding. serunding memang kak rose buat banyak dan bila2 nak guna just reheat. maka cuma kukus pulut dan kuih untuk berbuka pun dah sedia. memudahkan kerja kan.

 sira pisang ni pun memang buat untuk dua kali serving as per en asben request. just reheat n serve, manisan berbuka ready for him.

 yang ni bukan leftover.... baru masak petang semalam. sambal tumis ikan bilis yang tak goreng special request dari en asben. dan lain kali boleh gandingkan dengan pulut pulak sbb ada banyak baki lagi dan dah zasss duk dalam freezer... tapi entah bila la pulak kan..

 gulai daging pun memang kak rose buat banyak, masuk dalam 3 bekas dan betapa lah dalam freezer, kalau pening tak tau nak masak, just keluarkan sebekas n reheat....gulai ready.

sayur kangkung yang ni fresh la kan.... agaknya kalau boleh difrozenkan, maunya sayur pun boleh hidang yang leftover... he he

Wednesday, July 8, 2015

Iftar #20 Seadanya....

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2.... semuga didalam lindungan Nya dan ceria sentiasa. semalam kat penang ni hari cuti umum Georgetown World Heritage City Day tapi en asben ade je kerja... so serupa je macam another weekdays... masak2 pun kena jugak buat untuk juadah berbuka... cookies pun sangatlah malas nak buat. dan ini lah juadah berbuka kami petang semalam... siap ada list lagi tu kan!

 buah2 kena ada.... buah pebret betik ni entah berapa hari la pulak nak kena habeskan... siap2 potong n simpan dalam fridge, nak makan tinggal potong kecik2 n hidang... buah kiwi pulak dah last kopek dah...tapi buah yg lain stok banyak lagi... makan je apa yang ade dalam stok dulu la kan, jangan membazir nk bli lagi!

 sayur cendawan goreng berempah cajun yang sedap... nak resepi leh tengok sini ya.... mekasih pada Nor Secubit Garam yang kongsikan resepi ni.

 merajin kan diri buat kuih talam tokyo...buat satu adunan tapi cuma lima ketul ni untuk kami, yang lebihnya rezki jiran2 kami.... kuih ni memang mengenyangkan, apa lagi masa bukak puasa tu memang minum air banyak2 dan makan buah dulu... tapi camner pun nak jugak ada kuih dalam hidangan... resepi kat sini.

aluk pulak kak rose buat ayam masak palembang,.... guna tiga keping whole leg, tapi makan pun sikit jer, banyak leftover... memang saja buat banyak boleh simpan untuk hidangan dilain hari pulak... senang kerja tak payah nak susah2 masak lagi... just reheat n serve. memudahkan kerja kan...gulai daging pun ada dua portion yang duk kejung dalam freezer... entah bila nak mengulang makan nya.

Tuesday, July 7, 2015

Iftar #19 Lauk a la mamak

 Asalamualaikum dan selamat pagi pada yang masih sudi singgah kat rumah maya kak rose ni ya... nak jugak tepek kat sini apa juadah berbuka petang semalam... semakin hari semakin dah tak tau apa nak dihidang untuk berbuka... stok lauk banyak tapi pening jugak kepala.... dan bazar ramadan is such a no no buat kak rose, cukuplah sekali kena bila membeli tapi bila sampai waktu berbuka dah basi... so lebih baik la sediakan sendiri apa yang termampu....tapi petang semalam rasa nak sangat makan lauk mamak line clear... tapi cuma beli dua keping ayam goreng whole leg and kuah campur jer... sayur kita sediakan sendiri, boleh makan masa panas2 lagi kan...

 apalah nasik mamak kalau tak de kuah kari campur ni kan... tp kak rose tidaklah berani nak taruk banyak kuah ni, perut mesti tak tahan... so cuit jer sikit2 bagi rasa kat nasi... kalau makan nasik kandar pun mmg kak rose elak kan kuah yang sampai banjir tu... en asben yang berselera makan dengan kuah campur2 ni...

 sayur kubis goreng a la mamak.... tapi kalau kat kedai tu yg ade cuma kubis n kunyit jer kan, rasa pun kelaut jer! jadi kita sediakan sendiri dan taruklah apa yang kita suka.....  walaupun tak sepenuhnya macam makan kat kedai, tapi Alhamdullilah rezeki kami untuk petang semalam.

dan ini lah juadah buka kami petang semalam.... keropok lekor pemberian kawan dari terengganu, dah beberap hari kejung dalam fridge, rebus semula n gorengkan... tapi goreng 2 batang tu pun tak terabes makan... buah betik yang lama dah di idamkan... laju jer makan buah sampai kenyang dan sudahnya keropok pun berbaki...

Monday, July 6, 2015

Iftar #18 Sira pisang

 Asalamualaikum dan selamat pagi kepada kawan2 semua.... Insta Allah kita akan menjalani ibadah puasa untuk hari yang ke 19 dah, ramai yang dah mula membuat cookies raya... kak rose ni entah lah bila nak stat.... sungguh tak rajin nak memulakan... entah terbuat entahkan tidak nanti. apa pun yang penting kena sediakan juadah untuk berbuka dulu kan.... dan ini request dari en asben yg nak makan sira pisang... tuan rumah ni tak pandai nak buat, tapi cik google kan ado.... dan ini lah hasilnya yang terlebih gula merah la pulokkkkk! resepi rujukan dari makcikmanggis, mekasih ya

Bahan-bahannya:

4 biji pisang -Cm guna pisang abu. (kak rose guna pisang lemak manis, as suggested by my MIL)
1 ketul kecil gula melaka (agak-agak)
1/4 cawan gula pasir.
5 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan air.

Secubit kapur.

Cara-caranya:

  • Kupas pisang dan dibelah dua.
  • Rendam dengan air kapur sekejap dan toskan.
  • Masak gula merah,gula pasir,daun pandan,bunga cengkih dengan  1/2 cawan air sehingga larut dan likat.
  • Masukkan pisang dan masak sehingga air gula meresap kedalam pisang.
  • Guna api yang pelahan untuk mengelakkan dari hangus.

 since tuan tanah tak gemar nak makan sira pisang tu, maka jadilah sira keledek pulak... suka suki rebus keledek n buh gula n garam sket..... dah siap!

 buah anggur untuk petang semalam...

lauk yang umph buat kak rose.... ade gulai lemak ciliapi daging dan kentang dan ikan gelama masin goreng memanglah sangat membuatkan makan nasi bertambah2..dan sejak puasa ni suka sangat nak makan kerabu simple2 cam ni.... kak rose sedakan kerisek tu awal2 dan simpan, bila nak terus jer gaulkan dengan kerabu tu cumanya tinggal nak  perahkan asam limau jer... senang keja kan.

Sunday, July 5, 2015

Iftar #17 Kuih sagu kukus

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat kawan2 semua... semuga sentiasa dalam lindungan Nya dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini. apa juadah berbuka kawan2 petang semalam ya? kak rose buat yang sempoi2 jer lepas pening pikir nak masak apa. nasib baik ada intenet... boleh cari idea kat situ kan... dan yang penting bahan2 ada la kat dapo kan.. so inilah juadah berbuka petang semalam...

 kak rose kongsikan resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air - !kak rose letak 2 1/2 cawan jer)
  • 3/4 gelas gula pasir - (a bit too sweet for me, len kali kena kurangkan sket)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (kak rose buh dalam acuan kecik2)
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
 bila dah kukus tu memang tak nampak dah yang putih berbiji2 tu.... cantik jer kejadiannya kan. terima kasih pada mamakastam@Myr yang kongsikan resepi ni..

 buah yang mesti ada masa berbuka puasa... buah pisang kaki dan apple. ikut pesan doktor, makan buah masa perut kosong...so, lepas minum kenalah amik buah dulu sebelum jamah yang lain.

nasi goreng bodo2, taruk udang banyak2, celery, carrot n capsicum hijau. sayur n lauk semua dah ade dalam tu. senangkan... tapi en asben nak jugak peria goreng dengan ayam fillet tu, so buat kan je la makan dengan nasik goreng tu.