Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 31, 2016

Pucuk paku masak lemak cili api

terjumpa pucuk paku segar bugar dipasar, so beli 2 ikat... dan jadilah lomak cili api pucuk paku dengan udang kering ni... dan makan pun bertambah2 bila ada ikan masin...memang makan tak hengat! meh kak rose kongsikan resepinya kat sini...

Bahan-Bahan:

  • 2 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1 sudu besar udang kering
  • 5 biji cili padi
  • 1 ketul kecil kunyit hidup
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Tumbuk bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Rendam sekejap udang kering dan tumbuk kasar.
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan udang kering di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.
Tips: Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Wednesday, March 30, 2016

98 sen setongkol

kena guna khidmat cik google nak konformkan penjodoh bilangan jagung nih!

Tuesday, March 29, 2016

Ketam tiga rasa

 balik kampun hari tu mil bagi 2 ekor ketam yang beso2 ni.... udah le kak rose n anak pun tak leh nak makan ketam dan seafood yang seisi dengannya.... sudahnya jadila tukang kopek kulit untuk en asben makan. sungguh isteri mitali kan... dan ni resepi 3 rasa ni kak rose buat sama yang selalu masak ikan siakap tu... tukang makan kata ok je, kira ok la tu kan..

 Bahan-bahan:-
2 ekor ketam- bersihkan, umur garam dan kunyit

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 

daun limau purut 

Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ketam tadi dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ketam tadi

Monday, March 28, 2016

Pastry puff gulung

 tengok tayangan amal dari dapur Kak Noor, mulah hati pun nak mencuba jugak... walaupun kulit pastry tu tak de stok di dapo, kak rose guna apa yang ada je la... so kak rose guna prata jenama kawan tu untuk gantikan puff pastry tu... kita yang buat dia kan, so memang memandai lah kiranya ni... kalau nak tengok kecomelan puff pastry gulung tu silalah klik kat link yang kak rose dah bagi tu ya....

bahan inti kak rose buat dengan lebihan inti karipap jugak.... guna daging beger jer pun, tapi tetap sedap buat kami sekeluarga... so cara nak buatnya kak rose kopykan kat sini ya Noor... mekasih.

Dah siap inti tu, kita hanya perlukan
Pastri puff secukupnya, eloknya yang panjang lah. (kak rose guna pratha jenama kawan)
Kalau ada seaweed boleh letak, tapi kalau takde pun ok.(tak de yg ni...)
Ambil sekepis pastri puff letakkan seaweed, kemudian inti, kemudian gulunglah.
Masukkan dalam tray yang panjang nya mencukupi dan potonglah jangan putus tau!
Beruskan sedikit mentega diatas nya dan bakar lah dalam oven 150'C sehingga kekuningan.
Pada kaknoor memang sedap lagi pastri gulung daripada karipap sebab lebih rangup.
Tapi selera masing-masing ikut lah ya yang mana mau nya.



senget menget herot merot selepas sessi menggulung.... so nak memudahkan proses memotong tu, kak rose masukkan kejap dalam freezer then potonglah... pastu biarkan kejap barulah bakar dalam oben.... rupanya sangat hazabkan.... bila nak dapat buat cantik2 macam tuan punya resepi tu pun tak taulah!

Saturday, March 26, 2016

Cucur susu lemak manis

cucur susu lemak manis.... kalau dah namanya cucur, apa pun isinya memang jadi pebret kak rose... sebabnya sudah tentu lah mudah disediakan dan cepat jugak lah dapat menikmatinya...resepi dari fida@Myr, mekasih ya

Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
Masukkan susu manis dan tuang susu segar atau cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.


Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan
Angkat cucur dan hidangkan.

Friday, March 25, 2016

Pulut serawa durian

 
 Durian yang kak rose beli masa g Thailand minggu lepas.... pening kepala bila satu kereta bau durian ni... tapi nak makan punya pasal bawak la jugak... tak murah pun sbb bukan musim kan... yg ni kak rose bli 4 biji ni cost me 720tb, about 85 hengget la duit kita... isi tak berapa, kulit jer yang tebal... so memang berat tang kulit jer. sebenarnya teringin sangat nak makan yang durian bangkok tu... tapi tak de la pulak... yg ni katanya durian kancing baju... macam pelik je namanya kan. apa pun dah selamat sampai rumah meh la kita buat serawa nih... mekasih CMG, kak rose cnp resepinya.


BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (kak rose omit yg ni... dah pekat dgn durian yg banyak)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

 
BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

** kak rose buat pulut tu sket jer, maklumlah 3 beranak jer nak makan, so kuah yang banyak tu kak rose makan cicah roti... best!)

Thursday, March 24, 2016

Ikan talang masin masak asam

 lauk yang simple tapi memang boleh buat nasik bertambah2.... ikan masin ni kak rose bli di pekan tanjung dawai masa g jenjalan kesana ari tu... rambang sungguh tengok ikan masin yang berbagai2 tu... tapi kak rose cuma beli ikan masin gelama dan ikan talang jer... tak leh beli banyak2 nnti itu darah ada naik atas jugak! so beli setakat sekali dua makan cukup lah kan..

suka dengan masak sempoi cenggini.... resepinya kak rose copy dari sini. mekasih ya.

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin - rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering - kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar - hiris bulat
bawang putih - hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.

Wednesday, March 23, 2016

Makan n minum banyak2...

 boleh makan lebih sket...

 yg ni jangan banyak2.... manis sangat!

bliss n air kelapa laut sket2 jer... air kosong 4 botol sehari....
cuaca panas membahang... so sendiri mau ingat la kan!

Tuesday, March 22, 2016

Ayam masak bali

 Since sangat allergic to most of sea food, maka lauk yang paling mudah cuma lah ayam... dan bermacam2 cara masak pulak kna cuba supaya tak jemu annti kan... kali ni try ayam masak bali pulak... sedap dimakan dengan nasi panas2 atau pun dengan pulut dan nasi impit jugak..  meh tengok resepinya, mekasih pada Nor Secubitgaram...

Bahan-bahan
Ayam -kak rose guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

*** kak rose ikut cara Nor yg lebih mudah dan sedap ni....

Monday, March 21, 2016

Sessi menambah lemak dipagi minggu

 sessi menambah lemak dihari minggu... dari breakfast hinggalah late lunch masih dengan nasik lemak ni... tidak lah rajin nak masak banyak kali kan, so sekali harung jer biarkan lemak bergembira menempek berjemaah dari pagi hingga petang...

 dayang dayang pengiring nasik lemak... since sangat allergic to kacang tanah, so tak goreng la... bila dah biasa makan nasik lemak dengan kacang goreng yang rangup krup krap tu, terasa lah kekurangannya kali ini...

 the salads... tomato n timun. meratah jer pun best gak ni.

ade sedikit kerajinan, so gorenglah sayur kangkung dengan udang kering ni... lengkap lah sudah bekpes n lunch kami.... tak keluar g mana2 pun dek fenomena equinox. baik lah stay indoor dengan air cond sepanjang hari... tunggu jer la bil api yang akan sampai nanti!

Sunday, March 20, 2016

Ayam goreng tepung bestari

 asik guna tepung kepci jer, sesekali kita tukar pulak guna tepung serbaguna bestari ni... rasanya ada dua campuran pedas dan tak pedas... dan yang ni pedas berapi... sapa yang suka pedas boleh cuba yang ni, tak payanh nak cicah sos dah...

 ni la rupa tepung bestari yang kak rose guna tu... memang memudahkan kerja, cuma celup dan goreng jer....
 cara2 penyediaan... gaul ayam dengan tepung dan sedikit air. perap -+ 30 minits dan salutkan lagi sekali dengan tepung campuran barulah goreng terendam...

dan.... siap dah. boleh mratah gitu jer atau makan sebagai lauk pun ok gak kan... kak rose makan dengan nasik lemak dipagi minggu... memang bagus menternak lemak dihari cuti kan. bekpes dengan nasik lemak dan lepas tu seharian bermalas2an....

Saturday, March 19, 2016

Keledek oren yang lembut...

 jemput semua minum petang dengan keledek oren yang sangat lembut ni.... bertambah2 sedapnya bila cicah dengan sambal kicap jawa kak rose ni.... heaven.

sambal kicap yang sentiasa ready dalam fridge, sepinggan keledek goreng pun boleh abes! kalau tak de cicah ni macam ade yang kureng gitu.... jawa sungguh la kan!

Siew pak choy sos tiram

Sayur pebret sepanjang masa, siew pak choy dalam sos tiram yang mudah dan cepat je nak sediakan....

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara

  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Friday, March 18, 2016

Cucur ubi air panas

 banyak yang boleh dicuba resepi yang dikongsikan oleh kawan2 di wall fb...tapi for sure kak nak cuba yang mudah2 jer dengan bahan yang ada didapo la kan... macam cucur ni, mmg pebret la.. cuma sedikit renyah masa nak kepal2 kan sebelum goreng tu.... tapi hasilnya memang umphhhh buat penggenar cekodok macam kak rose ni..


Cucur Kentang air panas

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih/menggelegak
2 biji kentang (potong dadu) tak perlu rebus- kak rose guna keledek oren
Serbuk kunyit
Kiub ikan bilis
Kucai (tak letak)
Bawang besar (potong dadu)

 



Cara:

Gaul rata tepung, serbuk kunyit dan kiub ikan bilis.
Kemudian bubuh bawang besar & kucai & kentang.
Gaul rata. Kemudian tuang air panas mendidih/menggelegak.
Gaul guna senduk kayu.
Tunggu adunan suam sikit dan gaul rata.
Adunan memang akan jadi likat, jgn risau.
Jemput adunan guna tangan ja.. sama mcm kita nak wat cokodok pisang tu.
Goreng. In sha allah bulat2 jadinya dan lembut. Selamat mencuba.

Thursday, March 17, 2016

Ulundhu vadai

 nampak kuih ni kat wall fb, x pernah membuatnya... cuma pernah tengok kat gerai yang jual vadai tu... bila tengok resepinya seakan sama seperti vadai kacang yang duk buat tu... tapi yang ni kacang tu kena kisar sampai lumat... so let acu try cuba buat.... camner agaknya kejadiannya nanti tu.. uwaaaaa.... dah siap bancuh tu, sangat menguji masa nak bulatkan dan masuk dalam minyak panas tu... adoiiii... bancuhan lembik dan melekat ditangan.... berkali jugak jari terkena minyak panas, tapi gagahkan jugak buat sampai habes...dan taraaaaa.... walaupun senget menget, kira ada rupa la jugak kan....  nak sedapkan ati sendiri la tu...yang rupa macam cekodok pun ade jugak taw!




Bahan

240 gm Kacang dhal / ulundhu
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Soda bikarbonat
8-10 helai Daun kari
1 biji Bawang Besar
4 biji Cili hijau dicincang
3 biji Cili merah dicincang
2 tangkai Cilikering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar Air Panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng




 tu dia.... satu adunan resepi ni, sebakul boleh dapat.

Cara membuat

1.Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2.Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.
3.satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.teruskan uli.
4.Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat , buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya,lakukan sehingga selesai.
5.Panaskan minyak dan goring terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

Wednesday, March 16, 2016

Gulai besar menara

 that is the name given by the empunya paste, product by my MIL n dipasarkan oleh my SIL

 home made paste yang cuba menembusi pasaran di utara tanah air... kak rose nak masak pun kena cari interpreter.... baca tak bunyi langsung, bak kata P Ramlee.... hihi

so agak2 jer la dengan berpandukan gambar kat label tu.... a pack of paste for 2kg of meat, add santan n other perasa to suit your taste.  Alhamdullilah, tersangatlah sedapnya.

Tuesday, March 15, 2016

Ubi ungkep

 Laaaaaaamanya tak dapat makan ubi ungkep ni.... rindu sangat dengan menu ni, maklumlah menu jawa yang sedap ni mana boleh tinggalkan.... dan bila g pasar hari tu ada terjumpa pulak ubi ni, walaupun tak berapa fresh tapi boleh la untuk melepaskan kerinduan pada menu jawa pebret nih. dan sangat puas hati dengan ubi yang tak berapa fresh, tapi sangat lembut n gebu bila dah masak... heavennya dapat makan... sepiring ni sekali ngadap jer sorang2...

 resepinya kak rose kopi dari blog Hana's family, mekasih ya....

Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
tapi kak rose tak de buat sampai 1kg ubi tu, sbb yang makan cuma kak rose sorang jer... so pepandai la nak agak banyak mana bahan nak bubuh.... anak kata macam zaman jepun jer kalau makan ubi cam ni.... dia tak tau betapa nikmatnya mama dapat makan ubi ungkep ni tau!

Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

Monday, March 14, 2016

Loceng bomba?

 ha ni gambo yang dah siap pasang kat tepi dinding kat kawasan apartment tempat kak rose tinggal... pemasangan ni adalah untuk keselamatan penghuni kalaulah ada kebakaran, memudahkan dan mempercepatkan information untuk semua... mintak dijauhkan la kan... tapi as the saying kata.... malang tak berbau, jadi kenalah bersedia..

 smash glass = pecah kaca hihi... pecahkan kaca untuk dapatkan kunci..

 dalam proses pemasangan... gayat pulak tengok depa panjat tinggi2 without safety harness n helmet too! kalau jatuh insurance cover ker?... memang depa ni take it for granted, harap2 tak de la kejadian yg tak diingini kan.

 di corridor pulak..

 almost ready..

tu diah... ya la nak fixed to the wall tu bukan mudahkan, berat lagi... so bila ramai2 kerja akan jadi mudah.

Balik dah....

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang panas membahang dek bahana equinoks... semuga kita semua bersabar dengan dugaan ini walaupun yang pasti bil elektrik memang mencanak2 tinggi... 4 hari di Thailand, tak berani nak keluar jalan2... panas yang teramat2... so duduk diam2 jer la... lima hari tak mengupdate rumah maya ni, terasa malas pulak nak mulakan.... dan lima hari jugak semuanya auto post, sbb tuan tanah memang lupa dapo ni bila dah g jenjalan.

 proses yang perlu dilalui setiap kali nak melawat negara jiran ni.... isi borang kastam, beli insurance dan jugak borang immigresen untuk kenderaan.. nasib baik kali ni ade yang boleh berbahasa melayu kelate tolong isikan borang tu... mudah lah sket...

off kami memulakan perjalanan... ronda2 cari makan dan ziarah keluarga dan saudara  mara ditanah seberang... tapi excahange rate masih macam potong leher menjerut poket.... wahai en menteri kewangan, bila la agaknya nilai rm kita ni nak naik balik...