Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 28, 2016

Pastry puff gulung

 tengok tayangan amal dari dapur Kak Noor, mulah hati pun nak mencuba jugak... walaupun kulit pastry tu tak de stok di dapo, kak rose guna apa yang ada je la... so kak rose guna prata jenama kawan tu untuk gantikan puff pastry tu... kita yang buat dia kan, so memang memandai lah kiranya ni... kalau nak tengok kecomelan puff pastry gulung tu silalah klik kat link yang kak rose dah bagi tu ya....

bahan inti kak rose buat dengan lebihan inti karipap jugak.... guna daging beger jer pun, tapi tetap sedap buat kami sekeluarga... so cara nak buatnya kak rose kopykan kat sini ya Noor... mekasih.

Dah siap inti tu, kita hanya perlukan
Pastri puff secukupnya, eloknya yang panjang lah. (kak rose guna pratha jenama kawan)
Kalau ada seaweed boleh letak, tapi kalau takde pun ok.(tak de yg ni...)
Ambil sekepis pastri puff letakkan seaweed, kemudian inti, kemudian gulunglah.
Masukkan dalam tray yang panjang nya mencukupi dan potonglah jangan putus tau!
Beruskan sedikit mentega diatas nya dan bakar lah dalam oven 150'C sehingga kekuningan.
Pada kaknoor memang sedap lagi pastri gulung daripada karipap sebab lebih rangup.
Tapi selera masing-masing ikut lah ya yang mana mau nya.



senget menget herot merot selepas sessi menggulung.... so nak memudahkan proses memotong tu, kak rose masukkan kejap dalam freezer then potonglah... pastu biarkan kejap barulah bakar dalam oben.... rupanya sangat hazabkan.... bila nak dapat buat cantik2 macam tuan punya resepi tu pun tak taulah!

No comments: