Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 10, 2016

Kuih lapis nyonya

 kuih talam yang kak rose buat minggu lepas lagi... bila teringin nak buat kuih talam ni pun pening fikir nak buat kuih apa pulak? macam2 jer kan... dan yang penting kenalah pastikan semua bahan ada dalam stok, kalau tak camner nak buat kuih ni kan... since stok tepung ubi yang jarang2 guna, meh la kita buat kuih lapis nyonya yang memang memang main ingredients dia ialah tepung ubi... kuranglah sket stok tepung ubi tu... let check it out resepinya, mekasih pada cik mat gebu yang kongsikan resepi kuih nyonya ni... lembut, goyang2 gitu! tapi sayang kaler hijau tu tenggelam dek kaler merah dan putih, pucat je sudahnya!

 
BAHAN - BAHANNYA :-)
300 gram tepung ubi
100 gram tepung beras
750 ml santan
250 ml air
230 gram gula pasir
1 helai daun pandan, potong kecil
Secubit garam
Pewarna makanan hijau, merah jambu dan merah
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir dengan air dan daun pandan, biar hingga gula larut, sejukkan kemudian tapis. Campurkan dengan santan dan garam, kacau rata dan ketepikan. Sementara itu dalam mangkuk, satukan tepung ubi dan tepung beras. Kacau rata, tuang bancuhan santan dan kacau hingga rata. Tapis adunan tadi. Ketepikan sekejap.
  2. Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang empat segi berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci dengan plastik, dan lanser plastik tadi dengan sedikit minyak makan. Masukkan ke dalam kukus. Api sederhana kuat.
  3. Kacau bancuhan kuih lapis dan bahagi bancuhan kepada 3 bahagian sama banyak. Satu diberi warna hijau. satu warna merah jambu dan satu dibiarkan putih (warna asal). Setiap bahagian tadi dibahagi lagi kepada 3 (maksudnya 3 hijau, 3 merah jambu dan 3 putih) , pastikan sukatan sama banyak (kalau anda timbang, setiap lapisan, bancuhannya lebih kuran 170 gram). Ketepikan.
  4. Untuk lapisan pertama, che mat guna warna putih. Tuang 1 bahagian warna putih dan kukus 5 minit, kemudian tuang pulak warna hijau dan sambung kukus 5 minit lagi, diikuti warna merah jambu. Pastikan lapisan kuih lapis cukup masak sebelum anda menuang adunan baru dan kacau setiap adunan sebelum dituang.
  5. Lakukan berselang- seli, putih, hijau dan merah jambu. Untuk lapisan ke 5 dan seterusnya, kukus selama 7 minit atau hingga masak. Untuk lapisan terakhir iaitu lapisan ke sembilan ialah warna merah. Anda titikkan sedikit warna merah dalam adunan merah jambu (terakhir), kacau rata dan tuang. Kukus 15 minit atau hingga kuih masak. Kemudian buka tudung kukus, dan biarkan 15 minit lagi dengan api yang masih hidup. Matikan api dan biar kuih sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Boleh potong dan hidangkan.

No comments: