Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 5, 2016

Bowtie pasta sup

 Bow tie pasta sup untuk iftar petang semalam... sebenarnya dah tak tau nak masak apa untuk iftar... dan ni hari kelima tak makan nasik dah... kuih2 pun dah tak rajin nak buat.. dan batuk yang tak kunjung hilang tu sangat lah tidak selesa semasa dalam puasa ni... setiap kali lepas meludah, pasti tekak jadi terasa sangat kering... dan batuk pun payah nak hilang... makan ubat masa berbuka dan sahur saja... atau ubat tu memang dah lali dengan batuk ni.. buah2 sejuk dan air yang sejuk memang tak usik la, tapi batuk tetap jugak ada walaupun tekak tidak seperit masa memula dulu tu..

 so kita makan yang panas2 saja, air pun memang kak rose tak amik air sejuk masa berbuka... cuma teh o kurang manis, dan makanan bergoreng juga kak rose elakkan kalau boleh... sup simple ni kak rose main taruk jer apa yang ada.... ayam dan sayur mayur tu... jadilah untuk menu berbuka kan..

 dan lepas solat maghrib, pekena pulak chicken foldover ni... memang terbuntang nak abeskan... kalau dulu kami beli satu untuk kongsi makan berdua, tapi bulan puasa ni takut nanti tak cukup pulak.. punyala tamak kan.. sudahnya tak terabeskan dan bila dah sejuk roti tu pun dah jadi keras... walaupun beli masa dah dekat waktu berbuka, tapi makan dah lepas pukul 8 pm.. apa pun syukur Alhamdulillah dengan rezkinya dan dapat meneruskan ibadah puasa sampai kepenghujung , Insya Allah.

syabas pada kawan2 yang masih rajin memasak dan ada banyak menu untuk dihidang untuk berbuka. salute pada you semua!