Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 25, 2016

Spirals pasta goreng

 Asalamualaikum dan salam isnin, semuga semuanya ceria bagai matahari pagi ni yang bersinar selepas hujan subuh tadi... banyak kain baju diampaian, biarlah hendaknya panas hingga kepetang... pasta goreng ni kak rose buat 2 hari lepas.. kebetulan masa g beli spaghetti tu, ternampak lak yang spiral ni... so bli la sepeket.....

jom kita tengok resepi spirals pasta goreng ni...

Bahan-bahannya:

500 gram spiral pasta direbus dan ditoskan
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
sedikit sos tomato
sedikit cili sos (yg ni kak rose tambah)
sedikit sos tiram (yg ni tambah gak)
sedikit kicap masin
sedikit garam (tak yah letak dah....)
secubit gula (kak rose x letak)
sawi dipotong-potong
udang
bebola ikan
daging ayam dihiris

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan dengan sos tomato, sos cili, kicap masin, garam dan gula. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam, udang dan bebola daging. Kacau lagi.
3. Masukkan makaroni rebus dan kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan sawi yang dipotong tadi dan gaul sebati.

No comments: