Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 2, 2017

Pokok kesayangan...

 pokok pudina yang cuma tinggal ranting kering semasa berpindah....
Alhamdulillah masih panjang usianya
 
Salam February buat kawan2 semua... baru jer rasanya kak rose berpindah keshah alam ni, tak sedar dah sebulan lebih dah... dan Alhamdulillah, pokok pokok kesayangan yang kak rose bawa berpindah pun hidup subur dah kat tempat baru walaupun dengan very less attention. tak perlukan siraman setiap pagi... dah bermandian sepanjang hari dek hujan yang berpanjangan...

 sayang sangat dengan pokok kunyit ni.... jenis yang besar2 isinya.

 serai yang cuma sebatang, dah mula beranak pinak dan subur jer.

 daun pandan yang memang satu keperluan....hidup subur disudut pagar rumah

 daun kari pun dah mula membesar pokoknya... entah bila la pulak nak masak kari ni!

empat sekawan disudut pagar rumah... cukuplah buat terapi diri lepas balik dari berjalan lenggang mak limah tu... nak guna pun dah tak perlu nak membeli dah... tengah semai pokok daun kesum, harap2 bertunas lah hendaknya.

5 comments:

PH said...

Semua tanaman tu amat berguna. Senang bila nak masak kari, rendang, buat kuih mahupun kerabu, kan? PH pun baru aje tengah tanam pudina. Tapi selalu kena kacau oleh siput. Geram >.<

Kak Rose said...

PH, ya memang tanam yang nak guna jer... nasib baik siput tak jumpa rumah kak rose lagi... hihi

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Suka tengok.

Unknown said...

Sham pun tengah cuba menanam pokok dalam pasu ni.
Dapat guna serba sedikit utk masak.. cukup laa.

Ogy said...

Geram tengok pokok pudina yg menghijau subur...ogy tanam tak hidup..