Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 10, 2017

Asam rebus batang keladi

 Alhamdulillah, first time masak batang keladi ni... nasib baik menjadi dan sedap pulak tu... sebenarnya batang keladi ni kawan yang bagi bersama dengan terung, cili hijau, kangkong dan jugak daun kesom... terima kasih sangat2 kak Kalsom... pas tu mula lah tanya cik google cari resepi nak masak apa dengan batang keladi ni... nak menyiang pun satu hal, takut kalau gatal nantikan... nasib baik jumpa resepi dari Yatie, so bersarung tangan masa menyiang batang tu hingga lah selesai tak sentuh langsung batang keladi tu... hihi... lebih baik berhati2, sbb kalau dah gatal nanti lagi susah kan..

 jom tengok resepinya yang kak rose cnp dari blog Yatie.. takut gatal punya pasal sampai lunyai kak rose rebus batang keladi tu... hihi

Bahan-Bahan
  • 3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
  • 1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose gantikan dengan kiub ikan bilis)
Cara Memasak
  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
  2. Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
  4. Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.
kangkung dan batang keladi fresh from her garden, terima kasih kak Kalsom.... sedap sangat masak asam batang keladi tu rupanya... en asben pun sampai mengirup kuah tu... terima kasih Yatie kongsikan resepinya.