Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 1, 2017

Ayam mask kicap


lauk simple yang sedap untuk kami anak beranak... kak rose beli ayam yang dah siap potong2... dan yang ni semua bahagian peha yang jadi kesukaan anak bujang mama... dia memang suka dengan ayam goreng, apa lagi kalau mamanya ada sikit kerajinan untuk nak masak berkicap cam ni... bertambah2lah nasiknya... pas tu salahkan mama sebab masak sedap2. aikkkk? boleh gitu? ayam goreng kicap simple jer pun! dan kak rose suka taruk bawang bersar banyak2... bertambah manis ayam kicap ni!

Bahan bahan:
 
9 ketul ayam -  lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah/cili padi
Bahan Tumbuk: 3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak untuk menggoreng ayam

tumis bahan tumbuk sehingga wangi. 
Masukkan ayam yang telah digoreng. 
Kacau rata.

Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. 
Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.


1 comment:

Nooriah Abdullah said...

mengancam nya kakrose ayam masak kicap tu
lagi hitam lagi best tu