Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 4, 2017

Ruam mit

 mentang2 baru balik dari Thailand... nama desser pun ikut depa punya. Ruam mit aka mixed sweet dessert yang kak rose makan masa kat rumah MIL. bahan asas dia semacam jelly yang dipanggil biji delima... mulanya kak rose ingatkan memang biji delima, tetapi rupanya tepung sagu yang dah dimasak dan dibentuk macam tu... since namanya pun mixed sweet dessert, agaknya kita boleh letak apa saja dalam tu kan.... tapi yang ni cuma ada biji delima tu dan jugak nangka madu, so tak la kalerful sangat....

 sangat mudah jer buatnya sbb biji delima tu beli jer yang dah siap, tapiskan dan mixed with nangka yang dah dipotong2, air gula dan santan pekat... jangan lupa sedikit garam untuk rasa yang lemak manis gitu.

 beli dua packet of biji delima dan sebungkus cendol... bergasak minum dimusim panas ni... rasa heaven sangat!

begitu banyak jualan dipasar narathiwat ni, tapi sekejap jer dah habis... nasib baik sebelum masuk pasar basah tu kak rose dah beli dulu dan about half n hour later bila keluar dari pasar... tinggal sikit2 jer yang berbaki... kalau lambat beli memang tak merasa la gamaknya kan! agaknya kalau tak de biji delima tu, boleh jer kita buat dengan biji sagu yang beso2 dan kalerful tu kan... ishhhh!!!! nak kena cari ni!

ni yang kak rose buat masa balik kampung yang lepas... siap ada buah kabung lagi. dengan santan pekat dan air gula dan ais, satu mangkuk beso pun tak cukup!

3 comments:

Juls Julie80 said...

sedapppnyer kak..

selalu makan ni kalau gi Johnnys Steamboat tu jer..semangkuk mmg x cukupp..ekekeke

Phong Hong said...

Nampak sedap, Kak Rose. PH boleh perabis dua mangkuk.

Belogs JM said...

sedap dan menarik...