Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 31, 2017

Iftar #4

 Asalamualaikum san selamat pagi Rabu dan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan ke lima hari ni... cepat sangat rasanya masa berlalu kan... dan menjelang hari kelima, tukang masak pun dah pening nak sediakan menu berbuka... maklumlah selalunya seminggu sekali jer masaknya... tapi bulan puasa ni kenalah rajinkan diri kedapo... tak rajin nak berziarah ke param, sbb selalunya ada jer yang tak kenanya dengan tekak orang kampung macam kak rose ni... lebih selamat masak jer sendiri, walaupun cuma ikna masin, tetap sedap buat keluarga kecik kami..

dan semalam kak rose buat pengat ubi, tapi sayang ubinya tidak seperti yang diharapkan.. apa pun syukur dengan rezekinya...

 buah2 kena ada jugak... betik dan apple merah.

 lauk petang semalam... lemak ciliapi daging dengan nangka muda yang tak pedas.... guna 4 biji jer cili apinya... gandingkan dengan ikan masin gelama memang ngam sangat kat tekak kak rose... tapi bila dah perut kenyang dan makan pun lepas balik dari terawih, masak sikit pun tak terabes... sudahnya memang ada banyak leftover yang tersimpan dalam freezer...

sayur siew pak choy dengan sos tiram... kuah panas2 curah kat sayur, dah jadi overcook pulak tapi yang ni tetap habis. kalau nak resepi boleh tengok kat sini ya... resepi mudah dengan bahan yang sangat minima, tapi sangat sedap tau!!!

Tuesday, May 30, 2017

Iftar #3 kerabu mangga muda

 Asalamualaikum dan salam empat Ramadhan


 cepat jer masa berlalu kan, dah hari ke empat kita berpuasa, Insya Allah... dan tukang masak ni masih rajin nak sediakan hidangan untuk keluarga kami... tapi sianak terpaksa berbuka kat luar sebab tersangkut dalam hujan masa nak balik kerja tu.. bila dah kurang sorang, memang berlebih lah semuanya... sapa la nak tolong abeskan... mamanya ni dah tak larat nak jadi bandaraya... ada kuih moreh kat mesjid pun nak rasa jugak... pas tu balik rumah makan nasi pulak... sudahnya, takut nak naik kat weighing machine!

 kerabu mangga muda ni sebagai pengganti sayur, meratah macam tu jer pun dah sedap, tapi sayang mangga putik ni sangatlah masamnya... memang kesukaan en asben nak makan yang masam2 cam ni... so dialah yang banyak meratah kerabu ni.. resepi asal dari CMG, boleh jugak tengok kat sini...

 macam2 buah ada tapi kerajinan untuk nak memotong tu tidaklah ada... so cukuplah dengan buah tembikai semata... makan sejuk2 memag sedap, harap esok tidaklah batuk pulak!

 kuih manis pulak untuk berbuka... berselang seli manis dan masin lah kononnya...

dan lauk utama untuk hari semalam... ikan kerisi masak asam pedas yang tak berapa pedas bersama bendi.. ada jugak goreng ayam untuk anak bujang kakrose, tapi tak de sapa yang makan... simpan untuk sahur kalau2 dia nak makan nasi nanti...

Monday, May 29, 2017

Iftar kedua kami..

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua kengkawan... selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang ketiga dan insya Allah terawih yang ke empat... semuga dipermudahkan dalam menjalani ibadah puasa dan ibadah malam2nya... dan tukang masak ni kenalah rajin kedapo, sebab memang lebih suka untuk menyediakan sendiri juadah untuk berbuka, walaupun cuma seadanya... kalau dulu seminggu tak sekali pun masaknya, kini setiap petang tukang masak ni sentiasa dok didapo, masak dengan kasih sayang untuk keluarga kecik kami... dan bila ada anak kawan yang duk sorang kat sini, jadi kami pun ajak lah dia setiap hari berbuka dan sahur kat rumah... jadi kenalah masak lebih sket untuk kami berempat...

 permintaan en asben yang nak makan savory kuih... dan pilihannya ialah karipap, tukang masak pun senang hati nak buat bila dah ada menu yg dimintak... tak lah jenuh memikir nak masak apa kan! nasib baik lah ada sifu masak2 yang kongsi resepi kulit karipap yang tak perlu nak menguli dan bahan untuk inti daging pun ada, senang sikit kerja kak rose... jadilah karipap yang gemuk2 bermacam saiz tu... masa goreng tu, rasa macam nak makan banyak jer... waktu berbuka, makan 2 biji pun dah kenyang... sudahnya tak terhabes karipap ni.

 pagi tu masa sidai kain, ada pulak pakcik ni datang jual pucuk paku, hijau dan segar nampaknya... teruslah terbeli 2 ikat dan jadilah gulai lomak ciliapi pucuk paku dengan udang kering... kak rose guna santan kotak jer, tapi rasanya kalau guna santan fresh lagi bertambah ummmphhhkan... memang tekak ni tak berapa nak suka dengan santan kotak, tapi itu jer yang ada stok... so guna je lah. tapi sayang, gulai ni mama dengan ayah jer yang makan, anak bujang dan kawannya tak usik pun... jadi untuk derang ni kak rose gorengkan ikan kerisi dan ada rendang yang kak rose masak awal2 sebelum puasa tu... just reheat jer, rendang pun ready.

balik dari mesjid barulah pekena nasik dengan gulai pucuk paku dan ikan masin yang sungguh membuat kak rose makan nasik bertambah2... ada gulai jer mesti nak ada jugak ikan masin... harap2 habis puasa dan raya nanti tak lah angka kat weighing scale tak bertambah dengan banyaknya!

Sunday, May 28, 2017

Dah dapat pengganti...

 Asalamualaikum dan selamat berpuasa untuk hari kedua dibulan Ramadhan... orang lain sibuk nak beli baju raya tapi kak rose sibukkan pc ni...kisah monitor yang rosak hari tu...dan semalam, hari 1st day puasa kak rose dapat pengganti nya..tamatlah sudah tugas acer zaman tok kadok tu jadi penyelamat pc kak rose ni... tahun ni kali kedua beli monitor benq ni... 1st tukang bayar punya dan kali ni kak rose punya pulak... semacam jeles pulak kan, tiba2 saja monitor yang lama tu give way... nampaknya baju raya kena tunggu dulu lah...

 dan ni lah monitor baru kak rose... dah lebar macam tv lak jadinya...

acer, walaupun zaman era tok kadok, tapi ni lah penyelamat sementara nak dapat yang baru... sementara tu simpan la balik... mana tau satu hari nanti terpaksa jadi penyelamat lagi kan...

Saturday, May 27, 2017

Iftar hari pertama

 Alhamdulillah dah selamat menjalani ibadah puasa hari pertama dan solat sunat tarawih untuk hari kedua..semuga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menghidupkan malam2 dibulan mulia ini... dan apalah puasa tanpa menu iftar kan.. tapi kak rose buat seadanya saja, yang penting ada buah dan sedikit kuih...

 request pertama dari tukang makan... nak kan kuih manis2 dan pilihan pertamanya, kuih cara manis... dengan senang hati tukang masak ni buatkan...

 ayam fillet goreng salut tepung bistari ni request dari anak bujang kak rose...

lauk main untuk hari pertama berbuka, kak rose masak kari kepala ikan tenggiri... pagi tu pergi kepasar dan beli dua ekor ikan tenggiri, tapi tak lah besar sangat... dua ekor tu cuma 2 kilo lebih sikit jer... tapi reganya.... mak datokkkkk, boleh fengsannnn! tapi nak makan, kena lah beli jugak kan... tak kan nak kelaut dulu baru boleh amkan ikan... ishhhh! merapu dah kak rose ni.. Alhamdulillah, simple jer menu iftar hari pertama puasa kami....

Jumaat dan Al-Kahfi

 Asalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua... 1st day puasa kak rose nak post entry kisah rutin hari jumaat sebelummenyambut bulan Ramadhan Kareem ni... nak jugak tepek kat sini buat kenangan dihari kemudian bergader gader bersama kawan2 membaca surah Al-Kahfi pada setiap pagi hari Jumaat... seronok bila baca ramai2 macam ni dan yang paling seronoknya ialah gebang2 dan makan2 selepas setiap kali bacaan... dan memasing akan datang dengan serba sedikit kuih ditangan untuk hidangan selepas bacaan tu nanti... dan kali ni kak rose buat pulut dengan serunding kelapa berdaging...

 pulut yang lemak dengan serunding kelapa berdaging yang sedap. juadah simple yang home made memang jadi pilihan, instead of kuih2 yang dibeli dikedai2...

konon2 duduk bersimpuh....

 bila kaki dah kebas, duduk atas sofa pulak..

 Datin Fadillah, tuan rumah kali ni..

 black stripe group.... macam janji2 jer kan semua  pakai jubah stripe!

 Puan Hajjah Mariam, ketua muslimat kami..

our camerawoman... tak de sapa nak amikkan gambo dia... selfie dengan cucu kawan2...

Ramadhan Kareem 1438

Ramadhan Kareem 1438 dan selamat berpuasa....


Perkongsian dari FB dan blog Cahaya Hidupku, terima kasih ya....

CARA SAMBUT RAMADAN*
Dari ustazah Norhafizah di IKIM.
● *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini*
● Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah *"Ramadhan Kareem*" dan org yg mendengar menjawab  *"Allahu Akram"*
Maksudnya *"Ramadhan Mulia"* dan jawapannya *" Allah lebih Mulia"*
● Sambutlah Ramadhan ini dgn *wajah yg berseri-seri* tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.
● Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini.
● Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu...hiasilah diri dgn *AMALAN* dan *TAQWA*
*Ramadhan Kareem utk sahabat semua*
*Maaf Zahir Batin*

Friday, May 26, 2017

Solat sunat taubat

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari...
perkongsian dari wall Fb, kak rose abadikan kat sini untuk panduan..
terutama untuk diri sendiri yang jauh dari sempurna....
semuga taubat kita diterima....
Ya Allah aku mohon RahmatMu
aku mohon keredhaanMu
aku mohon keampunanMu






Thursday, May 25, 2017

Melayan tekak....

 Sebelum menjelang bulan puasa ni, macam2 teringin nak makan.... macam lah bila bulan puasa nanti tak dapat nak makan ni semua kan??? jahat betul tekak ni. apa pun kita layankan jer la... bukan susah mana pun nak membuatnya, asalkan semua bahan ada kat dapo, jadi lah chicken chop ni seadanya... ni pun dah cukup sedap buat kami sekeluarga. tak perlu nak keluar rumah dan spent duit n masa kat luar... jimat kan!

 bahan2 untuk salut ayam... memula salut dengan tepung ubi, pas tu celup dalam telor dan akhir sekali salutkan dengan breadcrums tu... kalau nak tebal salutan tu boleh ulang sekali lagi pada ayam tu. tapi kak rose buat sekali jer...

 ha.... dah siap bersalut pun.... biarkan sekejap, ready untuk digoreng dah..

black pepper sauce boleh disediakan awal2... dah siap goreng ayam tinggal nak mengadap jer ni... kak rose tak rajin nak buat coleslaw, jadinya cukuplah dengan salad bodo2 dan fries untuk digandingkan dengan chicken chop ni.... Alhamdulillah dengan rezekiNya.

Wednesday, May 24, 2017

Sapa suka sayur cam ni?

 saja jer nak tanya... sapa suka sayur cam ni? sebenarnya ni la sayur nak kosongkan fridge... itu sikit ini sikit, campur suka suki semua masuk dalam tu... jadilah sayur yang sedap, kaler kaler lagi... sedikit kubis, celery, carrot, capsicum, kacang peas dan udang yang dah lama kejung dalam freezer... jadilah untuk juadah kami tiga beranak, tapi mamanya jugak yang makan banyak!

so, pada yang kurang idea nak masak sayur apa untuk hidangan tengahari ni, boleh lah cuba macam kak rose... sayur nak kosongkan fridge nama diberi... hihi. baru lah boleh beli stok yang baru untuk persediaan puasa nanti kan....

Ada yg suka kumpul ni?





sapa suka collect menda ni kita geng!

Tuesday, May 23, 2017

Brokoli bawang putih

 uishhhh... lama rasanya tak buat sayur brokoli bawang putih ni.. so bila ada terbeli brokoli, moh ler kita buat sayur febret dan mudah nak sediakan ni. sedap lah tu, meratah gitu jer pun sedap... buat kak rose ler tu... semangkuk ni sekejap jer habis meratah. jom check resepi mudahnya...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. 

Monday, May 22, 2017

Serunding kelapa berdaging

 Bila beli daging kisar sampai 4 packet, maka macam2 lah yang boleh dibuat kan... dan antara yang sempat kak rose buat serunding ni lah... ada jugak buat inti karipap... boleh buat karipap frozen untuk persediaan bulan puasa nanti... tapi inti saja yang dah siap, karipap nya entah bila nak buatnya...
jom kak rose kongsikan resepi serunding yang kak rose amik dari blog CMG ni..

Bahan-Bahannya :-)
2 cawan kelapa parut putih , pilih kelapa sedikit muda
200 g daging kisar
2 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
3/4 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm lengkuas*
1/2 cm halia*
3 batang serai, dihiris*(*dikisar bersama 1 cawan pati santan tadi)

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga terbit minyak dan wangi. Tambah sedikit garam dan gula (gula kena lebih sikit anggaran 2 camca besar). Kacau rata dan masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu.
  2. Kacau rata daging dan masak hingga lembut. Tambah kelapa parut dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga serunding kering tapi masih lembap. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan masak sebentar lagi.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ketupat atau apa2 saja yang diingini....

Sunday, May 21, 2017

Jom makan buah

Asalamamualaikum dan salam hari minggu
hari ni kita makan buah jer ya...
 
 
 green n red apple+serbuk asam pak chu 916 (eh! macam emas lak kan?)

 
 mangga putik yang lemak rangup, tak masam pun+asam kulit limau

golden pear+asam kulit limau... sedap!