Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 19, 2018

Homestay kat kampung..

 Asalamualikum dan selamat pagi isnin... semuga semuanya ceria setelah bercuti sempena sambutan chinese new year... bertabahlah kepada yang sangkut kat perjalanan yang sangat jem. kak rose balik kampung pada pagi jumaat tu, tak la jem sangat cumanya memang banyak sangat kenderaan kat highway... dan balik semula ke shah alam pada malam sabtu selepas majlis pertunangan anak buah... dan yang paling bestnya, dekat dengan rumah adik tu ada homestay yang cantik ni... so kami adik beradik yang datang dari jauh semua berkumpul kat sini... sangat selesa dengan ruang yang sangat luas..

 ruang tamu... tak sarat dengan perabut. sesuai untuk kami adik beradik dengan anak2 semua..

 dining hall... tempat kami menjamu selera nasi arab kambing 40 hari, disponsor oleh adik. mekasih ya.. oh ya, homestay ni sangat lah dekat dengan kedai nasik kambing 40 hari yang sangat viral tu... baru pukul 7, nak beli untuk breakfast pun dah kena berbaris panjang..

 dapo yang serba lengkap... periuk nasi, cerek letrik, dan segala kelengkapan. dalam peti sejuk siap ada makanan dan air sejuk... semua dihalalkan untuk dimakan. terima kasih tuan rumah.

 another side view untuk ruang makan.. ada extra kerusi kat situ.

 master bedroom yang luas.. lengkap dengan cupboard dan dressing table

 another bedroom dengan katil single and extra mattress. ade juga dressing table

2nd bedroom dengan double bed dan dressing table... so lepas ni boleh lah terus booking untuk next majlis... tak payang nak tercari2 tempat berehat dan melepaskan penat lepas kenduri nanti...

No comments: