Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 30, 2018

Masak lemak jantung pisang + ayam

hari minggu lepas, kawasan perumahan kak rose ni ada buat jualan dari kebun komuniti, semuanya fresh dari ladang lah kiranya...tapi kakr ose dapat g beli pun dah petang sbb baru balik dari kampung... dan barang jualan pun dah tak banyak yang tinggal... tapi dapatlah beli jantung pisang berangan yang besar dan fresh dari pokok... apa lagi terus lah tanya cik google, cari resepi jantung pisang ni... resepi cmg jugak yang kak rose pilih sebagai panduan, tapi cik mat campur dengan tulang ikan masin, kak rose derhakakan dengan mencampur ayam dalam gulai tu.... wallllaaaa.... sedapnya! jom tengok resepinya..

Bahan-bahannya
 
1 biji jantung pisang berangan, buang kulit luar hingga jumpa bahagian yang putih dan lembut, rebus hingga empuk dan toskan.
5 ketul ayam
pati santan secukupnya
sedikit santan cair
1 keping asam gelugor
1 batang serai, dititik
3 biji ciliapi*
sedikit kunyit hidup* ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

 Cara:
  1. Dalam periuk masukkan bahan2 tumbuk halus, bersama santan cair, asam gelugor, serai dan ayam tadi. masak hingga ayam lembut.
  2. Masukkan jantung pisang. Tambah santan pekat, garam secukup rasa dan secubit gula. masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..

Sunday, April 29, 2018

Bubur jagung bersagu

 bubur jagung bersagu yang kak rose buat minggu lepas, apa2 saja yang berjagung dan juga bersagu memang jadi pebret kak rose lah... yang ni kak rose beli jagung fresh dari tesco, singgit seketui.. ada yang kak rose rebus gitu jer dan balinya kak rose buat bubur ni... sedap lemak manis berkerim untuk menambah lemak yang memang sedia banyak ni... apa ada kesahkan, makan dulu dan esok nanti2 tu pergilah berbrisk walk pepagi hari  tu... kena lah rajinkan diri untuk jaga kesihatan kan..

resepinya kak rose tepek kat sini... kalau buat untuk menu bukak puasa pun sangat ngam kan... jom tengok resepinya..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Saturday, April 28, 2018

Yang mudah2 jerrrr

 udang goreng kunyit sama kacang panjang

 sadin cap ayam dengan tomato dan bawang banyak2..

nasik goreng bodo2 pun sodap!

Friday, April 27, 2018

Muffin pisang

 Muffin pisang yang kak rose dah buat berkali dengan guna resepi yang sama.. kalau ada pisang yang tak terabeskan dan dah over ripe, resepi muffin ni lah yang asik terfikir diotak tukang masak ni... daripada membazir, boleh jugak buat hidangan minum petang kami anak beranak kan.. ada berbaki 2 biji boleh jugak en asben bawak bekal g kerja... selamat lah sudah mufiin pisang yang sedap ni. tq AlongRoz for the recipe.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together)

METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C. 

Thursday, April 26, 2018

Serimuka durian

 kuih serimuka yang cuma tinggal gambar jer... tapi nak jugak buat entry kat dapo maya kak rose ni. durian yang dah keras kejong dalam freezer, lebih baik lah kita jadikan suatu yang boleh dingap untuk minum petang kami anak beranak... dan bertambah lah lemak dan kolesterol yang sama naik nak menepek dalam diri tukang masak ni...tapi yang penting dapat makan kuih seri muka yang sedap nih! yang tu semua belakang cerita... esok paginya g brisk walk dan minum susu omega dan makan oat untuk kurangkan kolesterol tu..

resepi kuih seri muka pandan ni kak rose amik dari sini, mekasih ya... mohon izin nak kongsikan kat sini ya..

(Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci)
Bahan-bahan :
Bahagian bawah (pulut)
2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan pulut :
1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut.
2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan.

Bahagian atas/kepala
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 sudu besar tepung gandum
1/3 cawan tepung kastad
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning

Cara penyediaan bahagian kepala :
1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender).
2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau.
3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik.
5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api.
6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik.

(Loyang segiempat saiz 7 x 7 inci) Bahan-bahan : Bahagian bawah (pulut) 2 cawan beras pulut direndam 30 minit dan toskan 1 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Cara penyediaan pulut : 1. Kukus pulut bersama santan, air dan garam hingga masak selama 25 minit. Santan dan air mesti sama paras dengan pulut. 2. Setelah masak, tekan dan mampatkan pulut dalam loyang. Ketepikan. Bahagian atas/kepala 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan isi durian 1 sudu besar tepung gandum 1/3 cawan tepung kastad 2 biji telur 1 sudu kecil pewarna kuning Cara penyediaan bahagian kepala : 1. Satukan semua bahan dan dikisar (dengan pengisar/blender). 2. Tapis adunan dan masak di atas api sehingga naik wap (anggaran 3 minit). Adunan hendaklah sentiasa dikacau. 3. Tuang adunan perlahan-lahan ke atas pulut tadi. 4. Balut tudung periuk kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap menitik. 5. Kukus serimuka selama 40 minit. Buka tudung periuk dan kukus selama 5 minit lagi tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaannya. Tutup api. 6. Tunggu hingga betul-betul sejuk (anggaran masa 4 jam) barulah dipotong dengan pisau plastik. Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Wednesday, April 25, 2018

2 kali lambat

dua kali lambat delivery, dua kali free pizza!

Tuesday, April 24, 2018

Brokoli bawang putih

 sayur pebret sepanjang masa... kalau beli brokoli mesti resepi ni yang terbayang dikepala... mudah dan sedap pada kami sekeluarga. kadang2 tu ada jugak buat goreng dengan sos tiram jer...apa pun resepinya, yang pasti memang habis lah hidangan ni... tukang masak pun happy kan kalau tukang makan dengan berselera walaupun masak simple2 jer..

 fresh brokoli, besar floretnya... boleh buat dua kali masak ni..

meh kak rose kongsikan resepi brokili bawang putih ni..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.  

Monday, April 23, 2018

Mee kari TCRS

 Mee kari dari  the chicken rice shop, sekali rasa nak lagi dan lagi dan lagi... sedap lah pada kak rose, tu yang asik ulang2 bila g ziarah kawan kat sdmc... nak ajak dia makan memang tak boleh, nnti lah kalau Emma dah sihat kita jamu makan kat sini ya..

 the set come together with dua ketul pai tee yang sedap ni, jugak ada rainbow delight dessert yang manis dan juga minuman pilihan... selalu kak rose akan pilih chinese tea yang panas jer...

 portion untuk mee kari ni sangat lah banyak, dengan mangkuk besar ni. bila dah makan ni memang susah lah nak habiskan yang come together with the set tu... kalau big eater, boleh jer sekali hadap.

chinese tea panas2 dan jugan rainbow delight manisan...

 ada jugak order sup wantan ni, sedap gak...

the complete set menu... tapi yang perut kecil boleh lah share dengan kawan, takut tak terabes makan..

Sunday, April 22, 2018

Dah tak viral, dah...

 cekodok yang viral sedikit masa dulu.. tuan tanah pun tumpang sekaki mencuba jugak sbb tergoda dek viral tu lah... tapi memang tak rugi mencuba sbb memang sedap pada yang suka cekodok macam kak rose ni kan... cara jer ikut macam yang diviralkan tu, tapi bahan ikut suka tekak memasing pun boleh, sebab kita ynag nak makan kan..

yang ni kak rose blend kasar semua bahan dan dammmm masuk semua dalam tepung dan curah air panas tu... dan pas tu ikut lah macam cara viral tu. pasti jadi bolat2 macam ni.. makan hangat bersama secawan nescafe, tak sedar sepiring pun laju jer habisnya. kalau nak tengok resepi asal yang viral tu kak rose ada kongsikan kat sini ya...

Saturday, April 21, 2018

Macam2 ada...

 snacking timeee

 first pride chicken tempura, sos terlupa nak enterframe pulak!

 apam manja inti kelapa manis

 lempeng cicah sambal tumis pun jadi!

 kuih ketayap yang sedap! gulppp

 keledek oren goreng cicah sambal kicap jawa... terserlah kejawaannya kan!

 marina tempura with chicken sausage chunk... asik2 processed food jer. no good kan???

 yg ni goreng sendirik... pisang tanduk goreng wif sambal kicap.

Friday, April 20, 2018

Kuih hari jumaat kak rose

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang barokah
antara kuih pot luck untuk majlis bacaan Surah Al-Kahfi setiap jumaat
buat pun yang mudah2 jer... maklumlah nak kena buat pepagi hari kan...

 apam perlis inti kacang merah

 tepung pelita

 agar agar pandan santan

 kuih dangai dalam loyang

kuih cara lemak manis

Thursday, April 19, 2018

Pengat pisang tanduk

 pengat pisang tanduk untuk minum petang kami... pisang ni kak rose beli dipasar sek 16, tapi kenapa isi dia pucat semacam... bukan ke selalunya pisang tanduk ni isi dia kuning cantik gitu kan.. dan isinya pun tak berapa manis... atau mungkin pisang ni masak peram jer... kulit memang nampak cantik bersih kuning macam dah ranum sungguh... tapi bila bukak, isinya pucat jer... huhu

apa pun bila dah masak dan dengan kuah santan yang manis dan lemak kaw kaw, ditambah pulak dengan sagu mata ikan, pengat ni jadilah sedap buat kami... Alhamdulillah dengan rezekinya...

Wednesday, April 18, 2018

Pasar malam mariii

kalau g pasar malam, macam satu kemestian pulak kena beli ni...

Tuesday, April 17, 2018

Apam perlis lagiiii..

 sapa suka apam ni, kita geng!

dah buat berkali2 sejak jumpa resepi kuih apam ni... mudah jer nak sediakan, apa lagi bila dah ada inti kacang yang ready made tu... lagi lah rajin nak buat sementara ada tukang yang suka nak makan kan... jom kak rose kongsikan resepinya..

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning dan kaler ijo.

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.
dah siapppp... mudah kan.

Monday, April 16, 2018

Kuih bakar pandan

 kuih bakar pandan yang cuma tinggal gambar jer ni, dari terperap dalam folder elok jugak buat entry kat dapo maya yang hidup segan mati tak mahu ni kan... ada kala rajin berkobar2 lepas masak amik gambo segala, tapi lepas tu terperap jer... vitamin m memag selalu melanda diri, dan ubatnya memang susah dicari, payah ditemui... jadi dapo maya pun tak de entry... hihi

 kali ni meh la kak rose kongsikan resepi kuih bakar pandan yang sedap nih...

Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir. 
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan. 
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing. 

Sunday, April 15, 2018

Laksa johor

 bila lamaaaaa tak buat laksa johor pebret ni, haruslah merajinkan diri menyinsing lengan kat dapo nak melayan tekak yang mengada nak makan laksa johor... boleh jer beli, merata ada jual tapi kan tak sama macam yang kita buat sendiri kan... nak layan tekak, mestilah yang menepati citarasa kita sendiri kan.. dan gamba spaghetti yang kak rose guna, tak se san remo, spaghetti cap ayam pun boleh jugak lah... asal namanya spaghetti kan...

 sepinggan beso ni pun masih nak berulang menambah... tu lah untungnya masak sendiri... bolah makan berulang2 sampai jermu!

 the dayangs.... tang part ini lah yang paling malas nak sediakan... nampak renyah sangat kan... tapi kalau tak cukup dayang2 ni tak cukup lah untuk nak menepati anak tekak ni..kacang panjang. sambal cili,asam limau, taugeh. timun, bawang dan saun kesum yang diracik halusss...

complete dah dengan kuah yang super duper sedap bagi kami sekeluarga, spaghetti dah siap rebus, moh ler kita duduk meghadap dan makan lah sampai puassss

Friday, April 13, 2018

Mahkota dunia akhirat

jom amalkan...

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1) MAHKOTA ZIKIR
لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2) MAHKOTA TASBIH
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3) MAHKOTA DOA
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4) MAHKOTA ISTIGHFAR
اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.
Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5) MAHKOTA PERLINDUNGAN
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.
Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6) MAHKOTA PELEPAS BENCANA
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7) MAHKOTA PENENANG HATI
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisan kita, sebagai amalan dan senjata kita...
Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih ramai lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda seramai mungkin kerana ianya adalah sedekah.

Wednesday, April 11, 2018

vietnam mari!!

 sea shell glass table mat vietnam mari.

tray pulak...