Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 7, 2018

Roti jala dan kari leftover

Asalamualaikum dan salam pagi isnin, semuga ceria selalu...

 hehe... siap bagi tau, kari leftover gitu! ya memang kauh kari leftover, baru lah ada kerajinan nak bersauna didapo menjala untuk minum petang kami... baik mengaku saja, memang tak lah rajin saja2 buat kuah kari unruk nak makan dengan roti jala ni. kuah kari untuk lauk dan jugak utuk cicah dengan roti jala... musahkan kerja tukang masak! two in one gitu, kekdahnya!

resepi roti jala yang kekal lembut walaupun dah sejuk ni kak rose kongsikan kat sini lagi... kalau rajin anti bulan puasa boleh lah membuatnya lagi... terima kasih Azie yang kongsikan resepi ni...

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.